Tiga dekad ‘setia’ jaja ikan, sayur khidmat untuk penduduk kampung

17 Oct 2026 • 7:51 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiga dekad ‘setia’ jaja ikan, sayur khidmat untuk penduduk kampung

KOTA BHARU: Sudah tiga dekad Mat Junoh Latif, 66, menggunakan motosikal roda tiga, bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain bagi memastikan penduduk setempat mendapat bekalan bahan mentah dan makanan tanpa perlu ke pasar.

Bagi lelaki itu, selagi masih berdaya, motosikal roda tiga yang menjadi sumber rezekinya sejak 30 tahun lalu akan terus digunakan untuk memenuhi keperluan penduduk sekitar.

Seawal pukul 7 pagi setiap hari, Mat Junoh akan menuju ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini untuk mendapatkan bekalan ikan, sotong, sayur-sayuran dan pelbagai barangan keperluan sebelum menjualnya kepada penduduk.

Katanya, dia memperuntukkan modal antara RM400 hingga RM500 bagi membeli bekalan yang biasanya habis dalam tempoh dua hari.

“Pendapatan saya sekitar RM50 hingga RM100 bergantung kepada hasil jualan. Selagi berdaya, saya akan terus berniaga kerana dapat membantu penduduk mendapatkan bahan mentah tanpa perlu ke pasar,” katanya ditemui Utusan Malaysia di Kampung Penambang.

Bagi Mat Junoh, perniagaan itu bukan sekadar mencari rezeki, malah menjadi khidmat kepada penduduk yang memerlukan bekalan berhampiran kediaman mereka.

Keadaan sama turut dilalui Zulhamizan Ibrahim, 38, yang melihat perniagaan menggunakan motosikal roda tiga masih relevan meskipun masyarakat semakin moden.

Sudah tiga tahun menjalankan perniagaan itu, Zulhamizan memulakan rutin selepas solat Subuh dengan menuju ke RTC bagi mendapatkan bekalan menggunakan modal kira-kira RM700. – UTUSAN

The post Tiga dekad ‘setia’ jaja ikan, sayur khidmat untuk penduduk kampung appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved