Insiden pelanggaran feri Pulau Pinang hanya isu terpencil

3 Sep 2026 • 1:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Insiden pelanggaran feri Pulau Pinang hanya isu terpencil

GEORGE TOWN – Insiden pelanggaran Feri Teluk Bahang dengan Kapal MV Mekar Jaya, kelmarin disifatkan sebagai kejadian terpencil dan dijangka tidak menjejaskan kehadiran pelancong luar ke Pulau Pinang.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hom Wai berkata, perkhidmatan feri yang beroperasi setiap hari menjadi antara mod pengangkutan penting bagi penduduk tempatan serta pelancong.

“Ini kes terpencil dan bukan insiden yang biasa berlaku. Ya, ini tidak akan menjejaskan kedatangan pelancong ke Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar Festival Ciyra Mutiara 2026 di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera (JKKN) negeri di sini, tadi.

Beliau berkata, perkhidmatan feri lain masih beroperasi seperti biasa, manakala feri yang terlibat dalam insiden berkenaan dihentikan sementara bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Saya rasa kita perlu menunggu laporan lengkap untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, termasuk kelemahan yang timbul dan langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan insiden sama berulang. Siasatan perlu dilakukan secara menyeluruh supaya keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan feri dapat dikekalkan,” tambahnya.

Terdahulu, media melaporkan seramai 21 penumpang feri dilaporkan cedera dalam insiden pelanggaran Feri Teluk Bahang dengan kapal MV Mekar Jaya di had perairan Pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth di sini, kira-kira pukul 8.40 malam kelmarin.

Daripada jumlah tersebut, seramai 18 penumpang mengalami kecederaan ringan telah menerima rawatan di Jabatan Kecemasan (ED) Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Insiden berlaku ketika kapal MV Mekar Jaya sedang bergerak dari Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) menuju ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) manakala, feri berkenaan sedang dalam perjalanan ke Pengkalan Sultan Abdul Halim. – KOSMO! ONLINE

The post Insiden pelanggaran feri Pulau Pinang hanya isu terpencil appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved