Insiden serang guru: Suspek terima rawatan di hospital

23 Oct 2026 • 9:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Insiden serang guru: Suspek terima rawatan di hospital
Insiden seorang guru wanita cedera dipercayai akibat diserang seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat di sebuah sekolah antarabangsa .

KUCHING - Suspek yang dipercayai menyerang seorang guru sehingga cedera di sebuah sekolah antarabangsa di sini pada Rabu lepas masih menerima rawatan di hospital.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Saifullizan Ishak berkata, polis akan meneruskan siasatan dengan mengambil kira kesihatan suspek serta nasihat dan penilaian pihak pegawai perubatan.

"Polis menegaskan siasatan dijalankan secara profesional, teliti dan menyeluruh dengan mengambil kira semua keterangan serta bukti berkaitan.

"Sebarang tindakan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan fakta yang diperoleh dan peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saifullizan berkata, setakat ini, sebanyak 24 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau juga meminta orang ramai untuk menghormati privasi semua pihak yang terlibat dan tidak menyebarkan identiti, gambar atau maklumat peribadi, khususnya individu di bawah umur.

Pada 21 Oktober, Saifullizan mengesahkan seorang guru wanita cedera dipercayai akibat diserang seorang pelajar lelaki tingkatan empat di sebuah sekolah antarabangsa di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957.- Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved