Instagram Membangunkan Ciri Sunting Semula Stories Walaupun Selepas Dimuat Naik

TechnologyDigital
3 May 2026 • 11:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Satu perkara yang tidak boleh dilakukan di Instagram ketika ini ialah menyunting semula Stories selepas ia dimuat naik. Jika berlaku kesilapan atau pengguna ingin membuat perubahan, satu-satunya cara ialah dengan memadam dan memuat naik semula. Oleh itu, keadaan ini menjadi sedikit kekangan kepada pengguna.

image is not available

Namun begitu, keadaan ini dijangka akan berubah pada masa akan datang kerana Instagram kini sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menyunting semula Stories walaupun ia telah dimuat naik. Menurut perkongsian Alessandro Paluzzi di platform X, setiap kali suntingan dilakukan maka versi asal akan dipadam. Semua maklum balas seperti tanda suka, komen serta reaksi akan ditetapkan semula. Dengan kata lain, setiap suntingan dianggap sebagai muat naik baharu dan bukannya sekadar perubahan kecil pada versi asal.

image is not available

Pun begitu, perkara yang masih belum diketahui ialah berapa lama tempoh yang akan diberikan untuk menyunting semula Stories tersebut. Selain itu, masih belum dapat dipastikan sama ada Stories yang telah disunting akan disertakan dengan label “edited” ataupun sebaliknya seperti mana yang dapat dilihat pada kebolehan menyunting komen dan mesej sembang.

Buat masa ini, masih belum jelas sama ada ciri ini akan ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna ataupun menjadi sebahagian daripada pakej berbayar. Selain itu, Instagram turut menguji fungsi menukar jenis tulisan dalam sembang sekali gus memberikan lebih banyak pilihan penyesuaian kepada pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved