Institusi KPM di kawasan catat IPU lebih 180 ditutup mula esok

LocalEnvironment
8 Oct 2026 • 7:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Institusi KPM di kawasan catat IPU lebih 180 ditutup mula esok

PUTRAJAYA- Menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu, Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua institusi pendidikan di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 ditutup bermula esok.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, arahan itu dibuat bagi melindungi murid dan warga pendidikan daripada terdedah kepada keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Seri Paduka Baginda berhubung keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu yang melanda di negara ini.

“Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 berdasarkan catatan
Jabatan Alam Sekitar hendaklah ditutup bermula Jumaat.

“Bagi kawasaan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut pula hendaklah ditutup bermula 12 Oktober,” katanya di sini tadi.

Susulan itu, sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas dikehendaki melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah.

Beliau berkata, dalam tempoh pelaksanaan itu , pihak sekolah hendaklah memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran murid melalui kaedah yang bersesuaian dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.

“Berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan, guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana ( AKP ) juga turut dibenarkan bekerja dari
rumah (BDR) sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan.

“Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan institusi pendidikan di bawah KPM hendaklah membuat pemantauan secara berterusan dan mengambil tindakan sewajarnya apabila bacaan IPU melebihi paras yang dimaklumkan seperti di atas,” katanya.

Katanya, KPM akan terus memantau perkembangan dari masa ke semasa dan sentiasa mendapatkan nasihat dari Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan terpelihara sebagaimana titah Seri Paduka Baginda.

Hari ini, berikutan tahap IPU secara berpanjangan mencatatkan bacaan di antara 150 ke 180, Sultan Ibrahim bertitah dengan menasihatkan supaya sekolah di kawasan-kawasan terjejas ditutup.

Seri Paduka Baginda bertitah, aspek kesihatan dan keselamatan murid serta pelajar perlu diberi keutamaan, selain bertitah KPM supaya memberi perhatian serius terhadap perkara berkenaan.

Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar sekolah berkenaan, susulan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini. – KOSMO! ONLINE

The post Institusi KPM di kawasan catat IPU lebih 180 ditutup mula esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved