Institut Akauntan Malaysia lantik Ahmad Syahazan sebagai Presiden

LocalBusiness & Finance
30 Oct 2026 • 9:10 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Institut Akauntan Malaysia lantik Ahmad Syahazan sebagai Presiden Image from: Institut Akauntan Malaysia lantik Ahmad Syahazan sebagai Presiden amree30/10/2026 - 09:10 AHMAD SYAHAZAN YAACOB Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 30 Okt — Ahmad Syahazan Yaacob dipilih sebagai Presiden baharu Institut Akauntan Malaysia (MIA) berkuat kuasa pada Jumaat bergandingan dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Berhad, Datuk Muhamad Umar Swift yang dilantik sebagai Naib Presiden.

 

Pelantikan kedua-dua pemimpin itu disahkan menerusi mesyuarat Majlis MIA pada 29 Oktober 2026, sekali gus menyaksikan Ahmad mengambil alih jawatan presiden daripada Datuk Saniza Said yang menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 26 September 2026.

 

Menurut kenyataan badan profesional perakaunan itu, Ahmad sebelum ini pernah dilantik sebagai ahli Majlis MIA pada 23 September 2023 sebelum dipilih pula menjadi naib presiden pada 8 Disember 2025.

 

"Beliau kini merupakan rakan pengurusan Al Jafree Salihin Kuzaimi PLT dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang audit serta jaminan melibatkan syarikat tersenarai dan tidak tersenarai merangkumi pelbagai sektor industri," jelas MIA.

 

Antaranya termasuk teknologi, perladangan, minyak dan gas, pembinaan serta pembuatan. Ahmad juga mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang audit dan jaminan bersama firma perakaunan antarabangsa Big Four selain merupakan ahli felo CPA Australia.

 

MIA_DagangNews2026
MUHAMAD UMAR SWIFT

 

Sementara itu tambah kenyataan tersebut, Muhamad Umar yang menyertai Majlis MIA pada 15 September 2026, ketika ini memegang jawatan sebagai CEO kumpulan Qualitas Health Group.

 

"Beliau mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan, termasuk pernah memegang jawatan kepimpinan kanan di Bursa Malaysia," tambahnya.

 

Selain itu, Muhamad Umar turut menyandang jawatan naib presiden Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) serta ahli majlis serantau Asia bagi Chartered Accountants Australia and New Zealand.

 

MIA berkata, pihaknya mengucapkan tahniah kepada Ahmad dan Umar atas pemilihan masing-masing serta berharap kepimpinan baharu itu dapat memajukan profesion perakaunan yang bersedia menghadapi masa depan, berteraskan nilai dan kepercayaan.

 

Menurut MIA, kepimpinan mereka turut diharap dapat memperkukuh etika, tadbir urus baik dan integriti dalam profesion perakaunan, selain melindungi kepentingan awam serta menyokong pembangunan negara secara mampan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved