Institut Kemahiran Baitulmal / Baitulmal Skills Institute – MAIWP kini membuka iklan kemasukan kepada mereka yang berminat untuk mengikuti pengajian di peringkat persijilan dan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://asis.maiwp.gov.my/ikbmaiwp/register.
Sebanyak 6 kursus ditawarkan dan para pelajar yang terpilih akan menerima elaun dan semua kos pembelajaran ditanggung oleh MAIWP.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang institut kemahiran ini.

Apakah Institut Kemahiran Baitulmal (IKB)?
Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) merupakan institut pendidikan menawarkan program yang dibiayai sepenuhnya bagi memperoleh Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Program ini direka khusus untuk pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Inisiatif ini bertujuan utama untuk membantu pelajar dari latar belakang yang kurang berkemampuan dengan menghapuskan halangan kewangan serta menyediakan latihan kemahiran vokasional yang mudah diakses dan relevan dengan keperluan industri.
Mengikut sejarah, IKB ditubuhkan pada tahun 1990 dan mula beroperasi pada tahun 1991 di Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Pada awal penubuhan IKB dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin dan kemudiannya ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal pada tahun 1995.
Sejajar dengan perkembangan kursus dan tahap persijilan yang ditawarkan, nama tersebut telah dinaiktaraf kepada Institut Kemahiran Baitulmal pada tahun 1996.
Kampus yang terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur ini mempunyai keluasan 3 ekar dan dilengkapi pelbagai infrastruktur sesuai sebagai sebuah institusi kemahiran.
IKB merupakan sebuah institusi kemahiran di bawah Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Program-program di IKB dilaksanakan melalui sistem pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka adalah pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2026.
Keistimewaan Untuk Pelajar
Keistimewaan untuk pelajar yang menyambung pengajian di institut kemahiran ini adalah seperti berikut:
- Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh MAIWP.
- Makan/minum & kemudahan asrama disediakan PERCUMA.
- Elaun sara diri bulanan iaitu RM200 setiap bulan.
- Uniform korporat & teknikal PERCUMA.
- Kemudahan riadah dan rekreasi.
Komponen Pengajian
1) Subjek Kursus (Teras)
- Kurikulum Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) JPK, Modul CIDB dan ST.
2) Subjek Pengajian Umum
- Keusahawanan
- Aplikasi Komputer
- Pengajian Agama Islam
3) Ko-Kurikulum (Briged Bomba & Penyelamat IKB)
4) Latihan Kerja Industri (LKI)
KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
TEORI 30%
Tutorial
- Tutorial
- Kelas perbincangan yang dibuat bagi mempraktikkan pengajaran sebelumnya.
- e-Pembelajaran
- Proses pembelajaran menggunakan sistem teknologi bagi meningkatkan kebolehcapaian dan keberkesanan pembelajaran.
- Activity Based Learning
- Proses pembelajaran melalui aktiviti penyelesaian masalah untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran.
AMALI 70%
- Work Based Learning
- Pembelajaran melalui situasi kerja sebenar seperti latihan kerja industri..
- e-Pembelajaran
- Penilaian yang dibuat berdasarkan aktiviti mengikut kompetensi yang ditetapkan.
- Activity Based Learning
- Penilaian berdasarkan tugasan dan hasil kerja individu atau berkumpulan.
Kursus Yang Ditawarkan
Terdapat 6 kursus yang ditawarkan bagi ambilan tahun 2027 iaitu:
- Sijil Rekaan Fesyen & Pembuatan Pakaian Lelaki
- Sijil Rekaan Fesyen & Pembuatan Pakaian Wanita
- Sijil Kejuruteraan Elektrik
- Sijil Perkhidmatan & Penyajian Makanan
- Sijil Teknologi Binaan Bangunan
- Sijil Seni Reka Grafik Komputer
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 hingga 35 tahun dan sihat tubuh badan.
- Menguasai 3M – membaca, menulis dan mengira.
- Tahap akademik minimum tamat darjah 6.
- Lulus subjek Matematik SPM (bagi permohonan program Sijil Kejuruteraan Elektrik)
Cara Permohonan
Permohonan untuk kemasukan ambilan sesi 2027 boleh dibuat di pautan https://asis.maiwp.gov.my/ikbmaiwp/register.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB)?IKB ialah Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) merupakan institut pendidikan menawarkan program yang dibiayai sepenuhnya bagi memperoleh Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) serta direka khusus untuk pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Bilakah tarikh permohonan untuk sesi kemasukan 2027 dibuka?Tarikh permohonan dibuka adalah pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2026.
Apakah keistimewaan yang bakal dinikmati oleh pelajar di IKB?– Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh MAIWP.
– Makan/minum & kemudahan asrama disediakan PERCUMA.
– Elaun sara diri bulanan iaitu RM200 setiap bulan.
– Uniform korporat & teknikal percuma.
– Kemudahan riadah dan rekreasi.
Pemohon mestilah berumur 18 hingga 35 tahun sahaja.
Bagaimanakah permohonan kemasukan boleh dibuat?Permohonan kemasukan boleh dibuat menerusi https://asis.maiwp.gov.my/ikbmaiwp/register.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut atau info tentang permohonan / pengambilan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), sila layari www.maiwp.gov.my atau https://www.kpmaiwp.edu.my/ms/institut-kemahiran-baitulmal-2/






