Inta Bina raih kontrak RM227 juta projek pembangunan bercampur di Klang

LocalBusiness & Finance
29 May 2026 • 6:35 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Inta Bina raih kontrak RM227 juta projek pembangunan bercampur di Klang Image from: Inta Bina raih kontrak RM227 juta projek pembangunan bercampur di Klang johardy29/05/2026 - 18:35 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 Mei - Inta Bina Group Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Inta Bina Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM227.08 juta bagi kerja-kerja pembinaan utama serta infrastruktur untuk projek pembangunan bercampur di Klang, Selangor.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kontrak berkenaan diperoleh daripada Ancubic PJ Sdn Bhd.

 

Projek tersebut melibatkan pembangunan strata komersial berskala besar di Jalan Remia dan Jalan Botanika yang merangkumi dua fasa pembangunan, termasuk servis apartment, podium runcit, ruang pejabat, kemudahan tempat letak kenderaan, kemudahan gaya hidup serta kerja-kerja infrastruktur berkaitan.

 

Dengan kejayaan kontrak baharu ini, Inta Bina menjangkakan nilai buku tempahan belum dikerjakan (unbilled order book) kumpulan meningkat kepada kira-kira RM1.7 bilion.

 

Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun 2026 dan siap dalam tempoh 36 bulan.

 

“Kontrak ini terus mengukuhkan buku tempahan kami serta memperkukuh kehadiran dalam pasaran pembinaan di Lembah Klang,” kata Pengarah Urusan Paul Lim, sambil menyifatkan ia mencerminkan permintaan berterusan terhadap kepakaran kumpulan dalam projek pembangunan bersepadu.

 

Saham Inta Bina turut ditutup lebih tinggi 0.5 sen atau 1.3% kepada 28 sen pada Jumaat, dengan permodalan pasaran mencecah RM237.1 juta. - DagangNews.com

Terkini standard