Intel Dikatakan Akan Memperkenalkan Cip Arc G3 Play Untuk Konsol Permainan Mampu Milik

TechnologyGaming
23 Nov 2026 • 1:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel Dikatakan Akan Memperkenalkan Cip Arc G3 Play Untuk Konsol Permainan Mampu Milik

Seperti sedia maklum, Intel telah memperkenalkan siri cip pemprosesan Intel Arc G3 yang dibangunkan khusus untuk digunakan pada konsol permainan PC mudah-alih dengan beberapa model telahpun mula diperkenalkan seperti MSI Claw A8 AI+ EX dan juga Acer Predator Atlas 8 dan Atlas 7.

Pada bulan Ogos pula, maklumat telah tertiris bahawa Intel sedang membangunkan sebuah lagi cip Intel Arc untuk konsol-konsol permainan PC mudah-alih yang lebih mampu milik. Pada waktu tersebut, tidak banyak butiran yang dapat disahkan, tetapi jangkaann orang ramai ialah ia akan hadir dengan lapan teras fizikal dan juga empat teras grafik Intel Xe3 sama yang digunakan dalam cip pemprosesan Intel Arc G3 yang lain dan juga cip pemprosesan Intel Panther Lake.

Image from: Intel Dikatakan Akan Memperkenalkan Cip Arc G3 Play Untuk Konsol Permainan Mampu Milik

Terkini, VideoCardz telah melaporkan bahawa ia berkemungkinan bahawa Intel telahpun mengesahkan nama cip pemprosesan tersebut dan juga konfigurasi teras yang akan digunakan. Menurut laporan mereka, cip tersebut akan dinamakan sebagai Intel Arc G3 Play dan ia akan hadir dengan konfigurasi lapan teras kecekapan (E-cores) dan empat teras grafik Intel Xe3.

Ini bermakna bahawa apabila dibandingkan dengan penawaran cip Intel Arc G3 yang lain, Intel Arc G3 Play akan hadir dengan 8 teras CPU sahaja berbanding dengan 14 teras CPU pada Arc G3 dan Arc G3 Extreme, dan 4 teras Intel Arc Xe3 apabila dibandingkan dengan 8 dan 12 teras pada cip pemprosesan Arc G3 dan Arc G3 Extreme.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah Intel akan memperkenalkan cip pemprosesan ini, dan apakah konsol-konsol permainan yang akan menggunakan pilihan cip ini.

Sumber: VideoCardz

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved