Peruntukan Baik Pulih Jalan Ladang Digandakan, Insentif Getah Naik Kepada RM3.30 Sekilogram

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 5:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Peruntukan Baik Pulih Jalan Ladang Digandakan, Insentif Getah Naik Kepada RM3.30 Sekilogram

Kerajaan akan memperluas bantuan kepada pekebun kecil melalui peningkatan peruntukan membaik pulih jalan ladang, pembiayaan penanaman semula sawit serta kenaikan Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

Peruntukan membaik pulih jalan ladang akan digandakan kepada RM100 juta berbanding RM50 juta sebelum ini.

Selain itu, pembiayaan hibrid berjumlah RM100 juta disediakan bagi membantu 4,500 pekebun kecil menanam semula sawit, dengan hanya separuh daripada pembiayaan perlu dibayar balik.

Kerajaan turut memperkenalkan pembiayaan mudah berjumlah RM200 juta bagi menampung kos penanaman semula sawit untuk keluasan sehingga 40 hektar, dengan bayaran balik ditangguhkan selama empat tahun sementara menunggu pokok mengeluarkan hasil.

Melalui skim itu, pekebun kecil hanya perlu menanggung kadar faedah sebanyak dua peratus, manakala bakinya akan ditanggung oleh Kerajaan.

Bagi pekebun kecil getah pula, kadar IPG akan dinaikkan kepada RM3.30 sekilogram, berbanding RM3.00 sekilogram ketika ini dan RM2.50 sekilogram pada 2022.

Kenaikan itu merupakan kali ketiga kadar IPG ditingkatkan dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 300,000 pekebun kecil.

Setakat September lalu, seramai 290,000 pekebun kecil menerima bantuan subsidi sebanyak RM400 sebulan, melibatkan sektor pertanian, penternakan serta pengusaha kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf.

Kerajaan turut memperuntukkan RM30 juta bagi membendung penyakit dan serangan perosak tanaman, termasuk penyakit Ganoderma, ulat bungkus dan koya dalam sektor sawit serta penyakit tanaman koko dan lada.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 109,000 peneroka FELDA kini memiliki hak milik tanah, manakala purata pendapatan bersih mereka meningkat daripada RM2,272 sebulan pada 2023 kepada RM3,800 pada tahun ini.

Penyahsenaraian FGV pula bertujuan memperkukuh kedudukan kewangan FELDA bagi menjaga kebajikan peneroka.

Bagi 2027, Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.26 bilion untuk memperkukuh kewangan FELDA, menyelenggara jalan serta menyediakan perumahan untuk generasi FELDA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved