IPU Serian cecah lebih 500, terus rekod tahap bahaya

LocalEnvironment
4 Sep 2026 • 11:30 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: IPU Serian cecah lebih 500, terus rekod tahap bahaya

Dua lagi kawasan di Sarawak berada pada tahap sangat tidak sihat iaitu Samarahan dengan bacaan 281 dan Sri Aman (245).

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Serian, Sarawak terus berada pada tahap bahaya apabila stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kawasan itu merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 518, setakat pagi ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Kuching turut mencatatkan bacaan pada tahap bahaya iaitu 310.

Dua lagi kawasan di Sarawak berada pada tahap sangat tidak sihat iaitu Samarahan dengan bacaan 281 dan Sri Aman (245).

Selain itu, 10 lokasi merekodkan bacaan IPU tidak sihat melibatkan enam kawasan di Sarawak iaitu Sarikei (181), Sibu (177), Mukah (173), Bintulu (157), Samalaju (152) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (116), manakala masing-masing dua di Johor dan Sabah.

Di Johor, bacaan IPU tidak sihat direkodkan di Pasir Gudang (124) dan Segamat (105), sementara di Sabah melibatkan kawasan Sandakan (152) dan Politeknik Kota Kinabalu (105).

Dalam pada itu, 42 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana manakala 12 kawasan mencatatkan bacaan baik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved