iQOO Neo 10 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM1,999!

LocalTechnology
5 Jun 2025 • 6:39 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Zaman sekarang ini, telefon bukan hanya digunakan untuk membuat panggilan atau menghantar mesej, namun fungsinya lebih daripada itu.

Ada yang menjadi telefon pintar sebagai peranti utama dalam melaksanakan tugasan kerja dan ada pula yang menggunakan smartphone sebagai kamera untuk mengambil gambar.

Bagi yang gemar bermain permainan video game pula? Apa pilihan telefon pintar yang mereka ada? iQOO Neo 10 lah jawabanya!

image is not available

Telefon mid-range tapi prestasi level flagship, sesuai buat gamers

Hari ini (5 Jun), iQOO Neo 10 secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia di mana smartphone kategori mid-range yang memiliki prestasi setara flagship, namun pada harga jauh lebih murah.

iQOO Neo 10 ini dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 8 Gen 4 iaitu salah satu cip paling berkuasa dari Qualcomm.

Ia dipadankan dengan 12GB atau 16GB RAM serta storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1 dan peranti ini mampu menjalankan pelbagai tugas dengan mudah dan lancar.

Neo 10 turut menggunakan sistem operasi FuntouchOS 15 (Android 15) bersama beberapa ciri berasaskan AI seperti AI Image Expander, AI Image Studio, Circle to Search dengan Google, AI Eraser dan lain-lain.

image is not available
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Paparan skrin yang cukup power, LTPO AMOLED

Skrin Neo 10 ini bersaiz 6.78 inci LTPO AMOLED dengan resolusi 1.5K dan kadar refresh rate 144Hz, sokongan HDR10+ serta tahap kecerahan maksimum sehingga 4,500 nits.

Sama ada anda bermain game, menonton video atau melayari media sosial, visual yang akan dipaparkan akan kekal terang, jelas dan lancar.

Menarik bukan? Zaman sekarang ini rasa malu pula kalau dengar masih ada telefon dari jenama terkenal hanya guna refresh rate 60Hz sahaja haha.

Sistem kamera yang ada pada iQOO Neo 10

Bukan hanya memiliki cip pemproses yang mantap untuk gamers, Neo 10 ini juga didatangkan dengan kamera yang tidak kurang hebatnya.

Pada bahagian belakang, Neo 10 ini dilengkapi dengan sistem dua kamera iaitu 50MP sensor utama dengan penstabil imej optikal (OIS) dan 8MP lensa ultra lebar.

Untuk swafoto dan panggilan video, kamera hadapan 32MP memberikan hasil yang tajam dan jelas.

image is not available
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Bab bateri dan pengesan pula, Neo 10 menampilkan bateri berkapasiti besar 7,000mAh dan turut menyokong pengecasan pantas 120W yang mampu mengecas sehingga 50% dalam masa beberapa minit sahaja.

Fungsi NFC, sistem audio stereo dan penarafan IP65 bagi ketahanan tambahan juga tersedia pada peranti ini.

iQOO Neo 10 bermula RM1,999 sahaja!

Bagi pasaran Malaysia, iQOO Neo 10 ditawarkan pada harga bermula RM1,999 (12GB/256GB) (eksklusif atas talian) manakala RM2,199 bagi versi 16GB/512GB.

Pembelian menerusi kedai dan pengedar rasmi iQOO Malaysia memberikan kelebihan seperti hadiah percuma bernilai diantara RM499 hingga RM628, serta diskaun tambahan RM100 untuk pelajar dan pensyarah.

Tawaran kedua-dua versi ini disediakan bermula sekarang hingga 9 Julai 2025.

image is not available
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen