
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah dengan menjatuhkan hukum penjara 30 tahun atas kesalahan mengedar dadah.
Tiga panel hakim dipengerusikan Datuk Noorin Badaruddin bersama Datuk Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashim Abdul Hamid sebulat suara memutuskan hukuman itu bermula hari ini.
Panel hakim mendapati, terdapat alasan yang cukup bagi membolehkan pihaknya mengganggu dapatan Hakim Mahkamah Tinggi di akhir kes pembelaan.
Pada 17 Julai 2023, Ismahalil, 53, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis pada September 2021. – UTUSAN
The post Ismahalil dipenjara 30 tahun bermula hari ini appeared first on Utusan Malaysia.






