Ismail Lasim ‘lari’ jawab soalan Surat Proklamasi

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 11:58 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ismail Lasim ‘lari’ jawab soalan Surat Proklamasi

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mengambil sikap berdiam diri dalam isu berkaitan Surat Cara Proklamasi bagi menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Usaha para wartawan mendapatkan komen beliau mengenai hasil pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama tiga pemimpin utama parti itu pada Khamis lalu tidak berhasil apabila beliau enggan menjawab pertanyaan mengenainya.

“Haih.. saya nak cepat ni,” katanya sambil tersenyum ketika para wartawan cuba bertanya hasil pertemuan tersebut sebelum bergegas memasuki kenderaan rasmi dan berlalu pergi.

Beliau sebelum itu melancarkan Program Masyarakat Negeri Sembilan (MANES) dan menyampaikan bantuan kebajikan di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini hari ini.

Pertemuan antara Ismail dengan Ahmad Zahid itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4 petang di bilik khas ketika berlangsung Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Turut menyertai pertemuan itu ialah tiga Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pertemuan tersebut diadakan susulan kenyataan Ahmad Zahid sebelum itu yang memaklumkan mahu mendapatkan penjelasan daripada Ismail berhubung dakwaan berkenaan Menteri Besar itu dipaksa menandatangani dokumen Surat Cara Proklamasi bagi menurunkan takhta Tuanku Muhriz.

Terdahulu, media melaporkan Pembesar Memerintah Negeri Sembilan, Undang Yang Empat mendedahkan surat yang ditandatangani Ismail bagi mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz pada 3 Ogos lalu.

Ismail turut membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi membolehkan siasatan dijalankan pihak berkuasa. – UTUSAN

The post Ismail Lasim ‘lari’ jawab soalan Surat Proklamasi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved