
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Seri Ismail Lasim memulakan tugas beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan secara rasmi hari ini selepas dilantik ke jawatan itu, Ahad lalu.
Beliau meletakkan ibu jari pada mesin perakam waktu pada pukul 9 pagi tadi sebagai tanda melaporkan diri di pejabatnya di Wisma Negeri di sini.
Ismail kemudiannya, turut meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan Pejabat Menteri Besar sebelum memulakan tugas.
Kelmarin, beliau mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan dihadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.
Ismail memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh selepas menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 1 Ogos lalu dengan majoriti sebanyak 4,091 undi.
Beliau menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mohd. Zuhaimi Md Yusof dan calon Pakatan Harapan (PH) Mohd. Aidil Abdullah
Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selepas BN dan Perikatan Naisonal (PN) memenangi sebanyak 25 kerusi daripada keseluruhan 36 buah kerusi DUN sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga. – UTUSAN
The post Ismail mulakan tugas sebagai Menteri Besar hari ini appeared first on Utusan Malaysia.





