Ismail Sabri dijangka jalani prosedur pemasangan perentak jantung hari ini - Peguam

LocalHealth & Fitness
7 Aug 2026 • 11:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ismail Sabri dijangka jalani prosedur pemasangan perentak jantung hari ini - Peguam
Amer Hamzah bersama rakan peguam yang mewakili Ismail Sabri di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Image from: Ismail Sabri dijangka jalani prosedur pemasangan perentak jantung hari ini - Peguam
Amer Hamzah meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas hakim menetapkan kes pendakwaan anak guamnya ditangguhkan sehingga 27 Ogos ini. FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menjalani prosedur pemasangan perentak jantung (pacemaker) di Institut Jantung Negara (IJN) pada Jumaat.

Peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad berkata, dengan perkembangan itu, adalah tidak praktikal untuk pihak pendakwaan membacakan pertuduhan di IJN memandangkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.

Menurutnya, rawatan segera itu diberikan selepas Ismail Sabri mengalami masalah kesihatan pada Khamis.

"Semalam, beliau berada di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

"Ketika proses berjalan, keadaan kesihatannya merosot sebelum dibawa ke IJN untuk rawatan segera," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Terdahulu, kes pendakwaan terhadap Ismail Sabri di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ditangguhkan pada 27 Ogos ini.

Mengulas lanjut, Amer Hamzah berkata, Ismail Sabri sememangnya mempunyai sejarah masalah kesihatan.

"Beliau ada terjatuh dua minggu lalu dan dimasukkan ke Hospital Pantai.

"Malah, beliau juga telah dijadualkan menjalani pemeriksaan susulan pada Isnin depan," katanya.

**media[3607748]**

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved