Ismail Sabri Genggam PhD UUM, Kajian Tumpu Pengurusan Malaysia Hadapi Pandemik COVID 19

LocalPolitics
16 Nov 2026 • 2:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ismail Sabri Genggam PhD UUM, Kajian Tumpu Pengurusan Malaysia Hadapi Pandemik COVID 19

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi kajian mengenai pengalaman Malaysia menguruskan pandemik COVID 19.

Ijazah berkenaan disampaikan oleh Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin pada Majlis Konvokesyen Ke 39 UUM yang berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah, hari ini.

Image from: Ismail Sabri Genggam PhD UUM, Kajian Tumpu Pengurusan Malaysia Hadapi Pandemik COVID 19
Kredit: Facebook UUM

Ismail Sabri merupakan antara 451 graduan peringkat sarjana dan doktor falsafah yang menerima ijazah masing masing dalam majlis berkenaan.

Pencapaian itu menyaksikan pengalaman beliau ketika menerajui pentadbiran negara sepanjang pandemik COVID 19 diterjemahkan kepada penyelidikan akademik yang boleh dijadikan rujukan oleh generasi akan datang.

Tesis beliau bertajuk Pengurusan Krisis dan Polisi Keselamatan Kesihatan 2020 hingga 2022: Strategi Malaysia Menghadapi Pandemik COVID 19.

Kajian tersebut diselia oleh Prof Dr Rusdi Omar dan Prof Madya Dr Che Mohd Aziz Yaacob, manakala Prof Madya Ts Dr Jessica Ong Hai Liaw bertindak sebagai penyelia luar.

Tempoh penyelidikan itu merangkumi fasa penting ketika Ismail Sabri memegang beberapa jawatan dalam kerajaan, bermula sebagai Menteri Kanan Pertahanan pada 10 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos 2021 sebelum menamatkan tempoh perkhidmatan pada 10 Oktober 2022.

Kejayaan memperoleh PhD itu turut melengkapkan perjalanan akademik beliau yang bermula dengan pengajian Sarjana Muda Undang Undang (Kepujian) di Universiti Malaya (UM) dari 1980 hingga 1984.

Beliau kemudian diterima masuk sebagai peguam pada 1985 dan pernah menerima Ijazah Kehormat Doktor Perubatan daripada Universiti Nihon, Jepun pada 2022.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, Ismail Sabri pernah memegang beberapa portfolio kementerian, antaranya Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau turut pernah menjawat jawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dari Mac 2019 hingga Februari 2020.

Baca juga:

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Naib Canselor UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed dan Ahli Lembaga Pengarah UUM, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved