Ismail Sabri raih PhD menerusi kajian pengurusan Covid-19

LocalPolitics
16 Nov 2026 • 2:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ismail Sabri raih PhD menerusi kajian pengurusan Covid-19

PETALING JAYA: Pengalaman mengurus pandemik Covid-19 menjadi asas penyelidikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ismail Sabri Yaakob yang menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), hari ini.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin berkenan menyampaikan ijazah itu kepada beliau pada Majlis Konvokesyen UUM Ke-39 di Dewan Mu’adzam Shah, di sini.

Ahli Parlimen Bera itu antara 451 graduan yang menerima ijazah sarjana dan PhD pada majlis berkenaan.

Tesis beliau bertajuk Pengurusan Krisis dan Polisi Keselamatan Kesihatan 2020-2022: Strategi Malaysia Menghadapi Pandemik Covid-19 meneliti langkah yang diambil negara dalam mengurus krisis kesihatan itu.

Tempoh kajian tersebut merangkumi ketika Ismail Sabri berkhidmat sebagai Menteri Kanan Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Ogos 2021.

Penyelidikan itu diselia oleh Prof. Dr. Rusdi Omar dan Prof. Madya Dr. Che Mohd. Aziz Yaacob, manakala Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw bertindak sebagai penyelia luar.

Ismail Sabri sebelum ini memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian daripada Universiti Malaya (UM), tempat beliau mengikuti pengajian dari 1980 hingga 1984. – UTUSAN

The post Ismail Sabri raih PhD menerusi kajian pengurusan Covid-19 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved