Istana N. Sembilan nafi Tuanku Muhriz terima jemputan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 4:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Istana N. Sembilan nafi Tuanku Muhriz terima jemputan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istana Negeri Sembilan menafikan laporan yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menerima jemputan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali berkata, Istana Negeri Sembilan menjelaskan kehadiran ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak memerlukan jemputan.

Menurut kenyataan itu, Tuanku Muhriz juga tidak menerima surat atau warkah jemputan daripada Pengerusi Mesyuarat, Sultan Perak, bagi menghadiri Mesyuarat Pra-Majlis Raja-Raja (Pre-Council Meeting).

“Bagaimanapun, Tuanku Muhriz memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri mesyuarat berkenaan bagi memberikan tumpuan kepada urusan negeri, termasuk Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu,” katanya dalam kenyataan.

Istana Negeri Sembilan turut menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung perkara itu sebelum ini kepada mana-mana pihak atau media.

Terdahulu, menerusi laporan media melaporkan Tuanku Muhriz dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bermula esok, ketika krisis institusi diraja negeri itu masih berlarutan sejak April lalu.

Perkembangan itu berlaku susulan pertikaian mengenai kedudukan Tuanku Muhriz sebagai pemerintah Negeri Sembilan, selepas sepupunya, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar diisytiharkan sebagai pemerintah baharu oleh empat individu yang mendakwa mempunyai kuasa berbuat demikian. – KOSMO! ONLINE

The post Istana N. Sembilan nafi Tuanku Muhriz terima jemputan Mesyuarat Majlis Raja-Raja appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved