Isteri polis menangis, guna akaun anak OKU tipu rumah sewa

18 Aug 2026 • 12:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isteri polis menangis, guna akaun anak OKU tipu rumah sewa

KOTA TINGGI – Seorang isteri anggota polis menangis teresak-esak di Mahkamah Sesyen di sini hari ini ketika merayu hukuman ringan selepas mengaku bersalah menggunakan akaun bank anak kandungnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dalam kes penipuan sewaan rumah tidak wujud, sejak empat bulan lalu.

Tertuduh, Noor Fazira Sinen, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hafizah Abdul Rajak.

Dalam rayuannya, tertuduh yang sedang hamil memohon hukuman ringan dengan alasan perlu menanggung lima anak termasuk seorang OKU selain menjaga ibunya yang sudah berusia.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM6,000, dan jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara selama tiga bulan.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa tanpa maksud yang sah mempunyai dalam kawalannya instrumen pembayaran milik orang lain, iaitu akaun Bank Simpanan Nasional milik anak kandungnya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Anggerik 2/12, Taman Anggerik Tenggara, Bandar Tenggara, di sini antara 30 April hingga 22 Mei lalu.

Akaun berkenaan digunakan bagi tujuan menipu seorang wanita sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM1,500. – KOSMO! ONLINE

The post Isteri polis menangis, guna akaun anak OKU tipu rumah sewa appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved