Isteri polis menangis teresak-esak, rayu hukuman ringan

18 Aug 2026 • 1:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Isteri polis menangis teresak-esak, rayu hukuman ringan
Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Tinggi selepas mengaku bersalah menggunakan akauan anaknya yang merupakan OKU untuk transaksi sewa rumah.

KOTA TINGGI - Seorang isteri kepada anggota polis didenda RM6,000 dan boleh dipenjara tiga bulan jika gagal bayar selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengawal akaun bank milik anak kandungnya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk digunakan dalam transaksi penipuan sewaan rumah tidak wujud April hingga Mei lalu.

Noor Fazira Sinen, 31, yang juga isteri kepada seorang anggota polis, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hafizah Abdul Rajak.

Tertuduh turut menangis teresak-esak ketika merayu hukuman ringan selepas mengaku membuat pengakuan bersalah. 

Mengikut pertuduhan, wanita itu tanpa maksud yang sah ada dalam kawalan instrumen pembayaran orang lain iaitu akaun Bank Simpanan Nasional milik anak kandungnya bagi tujuan menipu penama Anis Amera Zaini hingga menyebabkan kerugian berjumlah RM1,500.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 30 April hingga 22 Mei lalu di Jalan Anggerik 2/12 Taman Anggerik Tenggara Bandar Tenggara.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 424A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum denda tidak kurang RM5,000 tetapi tidak melebihi RM50,000 atau pemenjaraan maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Husni Abu Hassan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, pada 30 April lalu pengadu telah terpedaya dalam urusan tipu rumah sewa tidak wujud melalui aplikasi Facebook, di mana pengadu telah membuat transaksi kewangan yang dimasukkan ke dalam akaun anak kandung tertuduh berjumlah RM1,500.

Pengadu berasa ditipu kerana tidak menerima kunci rumah sewa seperti yang dijanjikan sebelum membuat laporan polis di Bandar Tenggara.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved