Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kes gangguan seksual bukan sahaja berlaku di kalangan wanita, malah banyak juga golongan lelaki yang menjadi mangsa. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki dikenali sebagai Nass yang melalui detik mencemaskan ketika menggunakan tandas awam di sekitar kawasan kediaman di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Dakwa Nass, seorang lelaki dipercayai warga asing telah bertindak mengintainya sewaktu menggunakan tandas.
Menerusi video yang dirakam olehnya, kelihatan lelaki berkenaan sedang berada dalam keadaan seperti bersujud di pintu tandas sambil menghendap ke bahagian dalam sewaktu Nass berada di dalam.
“Tak terfikir (untuk sembur air dari bidet) sebab terkejut. Awal tu dengar bunyi sesuatu, lepas rasa tak sedap hati sebab nampak bayang-bayang, jadi kita pun on kamera terus nak tengok apa benda. Sekali tertonjol muka,” katanya kepada seorang netizen.
‘Lepas Sepak Dinding Penghadang Tandas, Lelaki Tu Hilang’ – Mangsa
Nass ketika dihubungi BuzzKini berkata selepas menyedari kelibat si pelaku, dia terus menendang dinding penghadang di tandas tersebut.
“Seolah-olah macam tak ada apa yang berlaku. Sebab saya sepak dinding tu, kemudian senyap. Bila keluar (dari tandas), lelaki tu dah tak ada,” kata Nass ketika ditanya apabila yang berlaku selepas lelaki warga asing itu menyedari dirinya sedang merakam.
‘Sampai Rasa Seram Nak Pergi Tandas Awam’ – Mangsa
Kejadian tersebut sekaligus membuatkan lelaki itu berasa bimbang untuk ke tandas awam lain selepas ini.
“Sebenarnya video ni bukan baru. Kejadian dah berlaku seminggu lepas dan hari ini (semalam, 13 Oktober) baru berani nak muat naik video selepas cerita dekat kawan sekerja, sebab terngiang-ngiang bila terfikir benda macam ni.
“Sampai nak pergi tandas awam pun rasa seram dah,” katanya di bebenang hantarannya.
View on Threads
“Hantu Kalau Tinjau Okay Lagi” – Mangsa Hendap
Jelas Nass, ini merupakan kali pertama insiden sebegini berlaku kepadanya. Oleh disebabkan terkaku dan berasa bimbang perkara buruk berlaku, dia menunggu pelaku beredar dari tandas sebelum dia keluar.
Tambah Nass, dia tidak melaporkan perkara ini kerana menurutnya, dia tidak menjumpai pelaku berkenaan selepas kejadian.
“Hantu kalau tinjau okay lagi ini orang ,” selorohnya.
Anda Boleh Dipenjara Sehingga 3 Tahun Jika Ditangkap ‘Skodeng’ Orang Lain
Untuk info, di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan [Akta 574], mana-mana individu yang didapati bersalah menghendap yang menyebabkan tekanan, ketakutan atau kebimbangan terhadap keselamatan orang lain boleh berdepan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Memetik hantaran Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri di Facebook, perbuatan gangguan menghendap boleh merangkumi:
- Berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dengan seseorang dalam apa jua cara atau menggunakan sebarang kaedah
- Mengikuti atau mengekori seseorang dalam apa jua cara atau kaedah
- Menunggu atau berlegar-legar di tempat kediaman atau tempat perniagaan seseorang
- Memberi atau menghantar apa-apa benda kepada seseorang dalam apa jua cara atau kaedah
Baca Artikel Berkaitan: Individu Ditangkap ‘Skodeng’ Boleh Dikenakan Penjara 3 Tahun & Denda
“Sekarang Ni Jadi Lelaki Pun Tak Selamat” – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai meluahkan rasa cemas melihat lelaki yang selamba meninjau orang lain di dalam tandas.
“Ya Allah ingatkan ada budak nak main-main. Sekali zoom aaa takut,” kata seorang pengguna Threads.
“Ni salah satu sebabnya aky tak suka pergi tandas yang belah bawahnya terbuka macam tu. Sekarang ni jadi lelaki pun tak selamat dah,” tambah seorang warganet.
Wanita Kongsi Pengalaman Pernah Dihendap, Menggigil Kerana Terkjut Nampak Orang Tinjau Di Tandas
Sementara itu, seorang wanita berkata dia kini akan sentiasa membawa telefon masuk ke dalam tandas kerana pernah melalui situasi dihendap individu tidak dikenali.
“Saya dulu pun cakap kenapa tak sembur, kenapa tak tangkap, kenapa itu, kenapa ini. Tapi satu hari, saya terkena macam ni juga. Kena tinjau bawah pintu tandas. Masa tu tergamam je. Terkejut sampaikan tak boleh nak fikir.
“Tahu-tahu dah menggigil sebab terkejut. Sejak dari tu, memang saya bawa telefon masuk tandas,”
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: “Seram Nak Pergi Tandas Awam Dah” – Pemuda Terkejut Ada Lelaki Lain Tengah Skodeng Ketika Buang Hajat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/lelaki-kena-skodeng-di-tandas-684x1024.jpeg)
![Image from: “Seram Nak Pergi Tandas Awam Dah” – Pemuda Terkejut Ada Lelaki Lain Tengah Skodeng Ketika Buang Hajat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/lelaki-kena-skodeng-di-tandas-2-660x1024.jpeg)
![Image from: “Seram Nak Pergi Tandas Awam Dah” – Pemuda Terkejut Ada Lelaki Lain Tengah Skodeng Ketika Buang Hajat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/lelaki-kena-skodeng-di-tandas-3-1024x812.jpeg)
![Image from: “Seram Nak Pergi Tandas Awam Dah” – Pemuda Terkejut Ada Lelaki Lain Tengah Skodeng Ketika Buang Hajat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/lelaki-kena-skodeng-di-tandas-4-703x1024.jpeg)
![Image from: “Seram Nak Pergi Tandas Awam Dah” – Pemuda Terkejut Ada Lelaki Lain Tengah Skodeng Ketika Buang Hajat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/lelaki-kena-skodeng-di-tandas-5-1024x989.jpeg)
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dakwa Pemilik Inap Desa Di Kelantan Skodeng Tetamu Dalam Tandas [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Lompat Keluar Dari Tingkap Selepas Kantoi Masuk Tandas Wanita Dengan Niat Nak Skodeng [Video]




