Isu Buli Siber, Kesihatan Mental Dan Kawalan AI Bakal Dikupas Oleh Pakar Global Di Persidangan IRC MCMC 2026

LocalTechnology
15 Jul 2026 • 2:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

mcmc irc ft

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal menganjurkan persidangan berprestij International Regulatory Conference (IRC) 2026 pada 21 hingga 22 Julai ini bertempat di Kuala Lumpur.

Bertemakan “Shaping the Next Digital Era: Regulation, Resilience and Trust,” acara ini memfokuskan kepada usaha membina ekosistem digital yang selamat, inklusif, dan dipercayai di peringkat global.

Screenshot 2026 07 15 at 2.32.41 PM

Persidangan yang akan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil ini menjadi platform penting untuk menghimpunkan pengawal selia, pemimpin industri, ahli akademik, serta pakar dari dalam dan luar negara bagi membincangkan hala tuju ekonomi digital.

Artikel berkaitan: MCMC Terbit Dua Kod Baharu ONSA: Komitmen Tegas Lindungi Kanak-Kanak & Pengguna Dalam Talian

Artikel berkaitan: Lebih 5,000 Aduan Siber Direkodkan Di Sabah, MCMC Turun Padang Didik Komuniti Tentang Internet Selamat

Antara pengisian menarik yang dibawakan:

  • Sesi Ucaptama: Dibuka oleh Anggota Suruhanjaya, Derek John Fernandez, bertajuk “Balancing Safety and Freedom: How Can We Protect Minors Online Without Stifling Their Digital Growth” yang memfokuskan keselamatan kanak-kanak di alam maya.

  • 10 Sesi Dialog: Sepanjang dua hari, para peserta akan membincangkan pelbagai isu kritikal termasuklah buli siber, privasi data, hak pengguna, kecerdasan buatan (AI), teknologi kuantum, robotik, kesihatan mental, serta tadbir urus digital.

  • Dikendalikan Barisan Kepimpinan MCMC: Kesemua sesi dialog penting ini akan diterajui sendiri oleh barisan pengurusan kanan MCMC.

  • Kehadiran Lebih 40 Tokoh Hebat: Menampilkan panel daripada pelbagai organisasi gergasi tempatan dan antarabangsa

  • mcmc pfp

    Persidangan IRC 2026 ini dijangka menjadi salah satu platform kawal selia digital paling utama di rantau ini dalam usaha merangka penyelesaian landskap digital yang semakin kompleks demi keselamatan dan privasi semua pengguna.

    Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan persidangan penting ini.

    Sila layari https://mcmc.gov.my/irc2026/home#home untuk maklumat lanjut.

    Sumber: MCMC

    Sumber: MCMC

    Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved