Kementerian Kesihatan (KKM) berharap isu berkaitan elaun petugas kesihatan yang telah dibawa kepada perhatian kerajaan sejak tahun lalu mendapat keputusan positif dalam masa terdekat.
Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan berkaitan elaun berkenaan sejak hujung November tahun lalu dan akan terus memperjuangkan kebajikan petugas kesihatan.
View this post on Instagram
“Antara yang kami angkat, antara cadangan yang kami angkat adalah elaun yang telah pun kita angkat tahun lalu, hujung tahun lalu.
“Kita tahu kita perlu memberikan yang sewajarnya. Jadi kami telah mengemukakan isu elaun ini awal lagi dan kita telah mengangkat perkara itu,” katanya.
Menurut beliau, KKM berharap keputusan berkaitan perkara tersebut dapat dicapai pada tahun ini.
“Insya-Allah, kami berharap tahun ini juga sudah dapat keputusan itu,” katanya.
Beliau berkata, KKM akan terus mengangkat perkara berkaitan kebajikan petugas kesihatan berdasarkan kajian serta keperluan semasa bagi memastikan golongan berkenaan mendapat perhatian sewajarnya.
Kenyataan itu dibuat susulan dakwaan orang ramai di media sosial yang mempersoalkan kadar RM30 bagi petugas Flying Doctor Service (FDS), yang disifatkan tidak memadai dengan tugasan yang perlu dilaksanakan.
Isu berkenaan sebelum ini mendapat perhatian selepas dokumen berkaitan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara tular dan mencetuskan perbincangan mengenai kadar bayaran kepada petugas yang menjalankan perkhidmatan kesihatan udara, khususnya di kawasan pedalaman.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Elaun Pak Menteri Berpuluh Ribu" - Hanya RM 30, Netizen Dedah Kadar Insentif Khas 'Flying Doctor' KKM Sejak Tahun 1978
The post “Isu Elaun Petugas ‘Flying Doctors’ Telah Kami Bincang Hujung Tahun Lalu” – Datuk Dr. Dzulkefly first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



![Tular Kadar Elaun Perkhidmatan Doktor Udara Hanya RM30, Ini Respon Menteri Kesihatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/elaun-FDS-RM30-1.jpg?t=1788950426)

