Tular Kadar Elaun Perkhidmatan Doktor Udara Hanya RM30, Ini Respon Menteri Kesihatan [Video]

LocalHealth & Fitness
9 Sep 2026 • 6:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Tular Kadar Elaun Perkhidmatan Doktor Udara Hanya RM30, Ini Respon Menteri Kesihatan [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai kadar elaun Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara untuk Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) bagi satu penerbangan pergi dan balik adalah RM30.

Hantaran itu awalnya dikongsikan oleh Dr Justine Sim Wei Yang yang juga seorang pegawai perubatan di dalam grup Facebook Sarawak Awareness sebelum ia menjadi tular dan dikongsikan di platform lain.

Elaun FDS berjumlah RM30 sejak 1978

Dalam perkongsian itu, Dr Sim turut mengatakan kadar elaun itu adalah sama sejak tahun 1978. Menerusi jadual semasa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam angka bagi kadar elaun semasa adalah RM30.

Kata Dr Sim selepas insiden yang berlaku di Long Lellang (semalam, 8 September), dia tidak dapat melihat kadar elaun RM30 dan mangatakan ia ‘lapuk.’

Pernah berkhidmat di Sarawak dan ditugaskan iringi pesakit naik helikopter

Menurut Dr Sim pada tahun 2018, sewaktu ditempatkan di Hospital Miri, beliau telah ditugaskan mengiringi seorang pesakit yang mengalami masalah jantung dan perlu dipindahkan ke Pusat Jantung Sarawak dengan menaiki helikopter.

Ujar Dr Sim, dia merupakan doktor yang bertanggungjawab untuk pemindahan pesakit itu.

“Tahu tak? Saya tidak mengetahui mengenai elaun RM30 itu wujud. Tiada sesiapa memaklumkan kepada saya. Tiada sesiapa tanya saya untuk membuat tuntutannya juga. Tapi RM30 bukanlah bahagian yang mengganggu.

“Sebelum penerbangan itu, saya tidak menerima latihan keselamatan penerbangan khusus. Tiada latihan pemindahan kecemasan berstruktur, tiada taklimat yang betul tentang kedudukan pendakap, bahaya rotor, kebakaran, pendaratan keras atau apa perlu dilakukan jika pesawat berada dalam keadaan kecemasan.

“Tiada penjelasan tentang perlindungan insurans khusus penerbangan,” katanya.

Perlu menandatangani Borang Melepaskan Tanggungan

Namun dia memaklumkan satu dokumen iaitu Borang Melepaskan Tanggungan— Sijil Indemniti telah disediakan.

Ujar Dr Sim, dia mengetahui mengenai borang tersebut kerana turut menandatanganinya.

Sifatkan jumlah RM30 pada tahun 1978 dan 2026 adalah tidak sama

Dalam hantaran itu Dr Sim turut menyifatkan nilai RM30 pada tahun 1978 dan RM30 pada tahun 2026 adalah tidak sama.

Ini kerana kos makanan, minyak, rumah, insuran malah hampir segala-galanya meningkat.

Isu elaun FDS RM30 turut raih perhatian orang ramai

Isu mengenai elaun itu kemudiannya menjadi tular apabila ramai yang turut mempersoalkan mengenai elaun berkenaan dan berpendapat ia adalah jumlah yang tidak masuk akal.

Ada juga mengatakan penerbangan tersebut adalah penerbangan yang berisiko tinggi kerana memakan masa lama untuk masuk ke bahagian pedalaman untuk merawat pesakit.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat mereka bukan meminta bayaran lebih namun ia mengenai pengiktirafan yang setimpal dengan tanggungjawab serta risiko.

View on Threads
View on Threads
View on Threads

KKM sudah kemukakan cadangan penambahbaikan elaun FDS sejak November 2025

Susulan itu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kemudiannya menjelaskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemukakan cadangan penambahbaikan elaun FDS sejak November tahun lalu.

Perkara itu dijelaskan oleh Dr Dzulkefly selepas disoal oleh pihak media.

“Ini satu soalan yang pastinya kami selaku Menteri, Ketua Pengarah dan pengurusan atasan KKM secara umumnya kita telah melihat kepada kebajikan-kebajikan kakitangan kami.

“Antara yang kami angkat (cadangan) adalah elaun FDS yang telah pun diangkat (dicadangkan) pada hujung tahun lalu, November secara tepatnya.”

Jelasnya, KKM yakin perkara itu akan mendapat respon positif daripada pihak berwajib.

“Ya kita tahu, kita perlu memberikan sewajarnya. Sebab itu kami telah mengangkat isu mengenai elaun ini awal lagi.

“Insya-Allah kami akan dapat memberikan keputusan itu kepada rakan media sebaik mendapat makluman,” ujarnya kepada pemberita menerusi video dikongsikan Malaysia Gazette.

Beliau dalam masa sama, menegaskan yang KKM tidak akan dikompromi dengan aspek keselamatan petugas ‘Flying Doktor’ termasuk dari segi penggunaan dan penyelenggaraan helikopter yang disediakan menerusi perkhidmatan kontrak.

“Hal yang terkait dengan teknikal, hal terkait dengan keselamatan itu tidak dikompromi sama sekali.

“Kita pastinya mahu keselamatan dan standard di tahap yang terbaik,” jelasnya, lapor Harian Metro.

Sebagai info, KKM tidak mempunyai helikopter sendiri sebaliknya menggunakan perkhidmatan penyediaan helikopter secara kontrak sebagai pengangkutan udara.

Unit ini, mula beroperasi sejak 1970-an lagi bagi menyediakan akses kesihatan kepada penduduk yang berada di kawasan pedalaman khususnya di Sarawak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved