Isu Ferrari vs Aruz: Pemuda UMNO Sedia Bantu Peguam Percuma, Dr. Akmal Cari Pemandu Aruz

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 10:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Isu Ferrari vs Aruz: Pemuda UMNO Sedia Bantu Peguam Percuma, Dr. Akmal Cari Pemandu Aruz

image.png

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada pemandu Perodua Aruz yang terlibat dalam pergaduhan dengan pemandu sebuah kereta Ferrari yang tular, baru-baru ini.

Pihaknya mahu memastikan keadilan ditegakkan dan tidak hanya mendengar penjelasan daripada satu pihak sahaja.

snip-29.png

Menurut beliau, tindakan itu diambil susulan satu kenyataan oleh pemandu Ferrari yang mendakwa dirinya tidak bersalah dalam kejadian tersebut.

“Saya dengar-dengar pemandu Ferrari ini nak bawa abang pemandu Aruz ini ke mahkamah.

“Jadi saya sokong tindakan tersebut dan bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO, kita akan berikan perkhidmatan peguam secara percuma kepada abang pemandu Aruz ini supaya kita akan minta dan tuntut keadilan di mahkamah nanti,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial, hari ini.

Dr. Akmal berkata, pihaknya menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan pihak yang bersalah atau tidak bersalah dalam insiden berkenaan.

“Biar mahkamah yang putuskan sama ada siapa yang bersalah, siapa yang tidak bersalah. Jadi kepada abang pemandu Aruz ataupun siapa yang kenal dia, tolong kontak saya. Saya nak tuntutkan keadilan untuk abang pemandu Aruz,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved