Isu Jerebu: “Ini Bukan Malaysia Lawan Indonesia” – Syed Saddiq Bidas Kenyataan Bekas Menteri Perdagangan Indonesia [Video]

LocalPolitics
22 Oct 2026 • 9:47 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Isu Jerebu: “Ini Bukan Malaysia Lawan Indonesia” – Syed Saddiq Bidas Kenyataan Bekas Menteri Perdagangan Indonesia [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, Bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi menyelar kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mencadangkan agar ASEAN mengenakan tekanan diplomatik terhadap Indonesia serta sekatan kewangan terhadap syarikat yang terlibat bagi mengelakkan isu jerebu dari terus berulang.

Jelas Mohd Lutfi, tindakan mensasarkan keseluruhan Indonesia adalah tidak wajar malah sekatan kewangan yang dicadangkan terhadap syarikat terlibat dakwanya turut melibatkan syarikat Malaysia yang beroperasi di negara itu.

Malah, Lutfi turut mendakwa ada syarikat dari Malaysia yang turut menyumbang kepada isu terbabit.

View this post on Instagram

A post shared by Muhammad Lutfi (@m.lutfi)

Syed Saddiq Bidas Kenyataan Lutfi, Hukuman Perlu Dikenakan Terhadap Syarikat Terlibat Tanpa Kira Negara Asal

Malam tadi (21 Oktober), Syed Saddiq dalam satu video di Instagram membidas kembali kenyataan Lutfi berhubung gesaannya agar ASEAN ‘memulaukan’ Indonesia bagi mengelakkan isu jerebu dari terus berulang.

Tegasnya, isu ini tidak seharusnya dilihat sebagai pertelingkahan antara dua negara namun ia perlu ditangani berasaskan bukti terhadap mana-mana pihak yang didapati mencemarkan alam sekitar.

Malah, Syed Saddiq menegaskan beliau mempunyai tiga respon yang berasaskan fakta dan data bagi membalas kenyataan bekas menteri Indonesia itu.

“Bapak (Lutfi), ini bukan soal Malaysia lawan Indonesia. Bendera kita berbeza tetapi bila sesak nafas, derita sama.

“Bila bapak kata syarikat Malaysia salah, syarikat Singapura salah. Kalau ada bukti hukum.

“Saya tidak akan menjadi pelindung pencemar walaupun dari negara saya sendiri,” katanya.

Tambah Syed Saddiq, mana-mana syarikat tidak kira dari Malaysia, Indonesia dan Singapura perlu diambil tindakan mengikut undang-undang negara berkenaan sekiranya terbukti membakar hutan demi keuntungan.

“Tindak pelakunya. Jangan pilih benderanya. Perusahaan Malaysia, Indonesia atau Singapura, kalau terbukti membakar hutan untuk keuntungan cepat, ambil tindakan.

“Bendera bukan lesen untuk merosakkan alam. Mereka beroperasi di Indonesia, di bawah undang-undang Indonesia. The power is in your hands!

“Di Parlimen, saya sendiri sudah mendesak tindakan terhadap syarikat Malaysia yang (jika didapati) terbabit. Lihat ucapan penuh saya, jangan potong ucapan sampai terpotong kebenaran,” katanya.

Syed Saddiq Turut Ulas Dakwaan Syarikat Besar Malaysia Yang Didakwa Jadi Punca Kebakaran

Menerusi hantaran sama, Syed Saddiq menjelaskan pemilikan ladang berskala besar tidak boleh menjadi bukti bahawa sebuah syarikat itu bersalah dan menjadi punca kebakaran hutan selagi tiada bukti yang menyokong dakwaan tersebut

“Bapak kata tentang SD Guthtrie, ya syarikat besar tapi sampai sekarang tiada bukti mereka pencetus kebakaran.

“Mereka mempunyai lebih 67 pasukan dengan lebih 1,000 anggota terlatih, dron dan (peralatan) inframerah dengan perbelanjaan lebih RM800,000 sebulan bagi menangani isu ini,” katanya.

Sumber Asap Dari Syarikat KLK Hanya Sumbang 0.3% Berbanding 99.7%

Malah, Syed Saddiq turut membalas kembali kenyataan Lutfi yang sebelum ini merujuk laporan Greenpeace bertarikh 5 Oktober yang mendakwa kawasan konsesi milik syarikat Malaysia, Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) mempunyai titik panas.

Tegas bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu, Lutfi tidak seharusnya memetik separuh dari laporan tersebut.

Ini kerana berdasarkan laporan tersebut, sumber asap syarikat KLK hanya menyumbang 0.3% jika dibandingkan dengan syarikat lain.

“Kalau mahu petik laporan Greenpeace, jangan petik separuh cerita.

“Laporan itu merekodkan 19 titik sumber asap di konsesi syarikat KLK berbanding 6,811 yang lain!

“Bapak hanya mahu kami fokus kepada penyumbang 0.3% dari 99.7% yang lain, jangan lantang terhadap satu nama, kemudian senyap terhadap yang lain,” tegasnya.

Syed Saddiq Dakwa Malaysia Ada Tawarkan Bantuan Tetapi Tiada Maklum Balas, Turut Tegas Ini Tentang Nyawa Rakyat

Menerusi hantaran sama, Syed Saddiq turut mendedahkan Malaysia ada menawarkan bantuan untuk menangani pembakaran hutan tersebut.

Ia termasuklah bantuan pesawat, tiga helikopter dan anggota namun pentadbiran republik berkenaan tidak memberi maklum balas terhadap tawaran tersebut.

Tegas Syed Saddiq, situasi ini bukanlah pertelingkahan antara dua negara sebaliknya ia melibatkan nyawa rakyat baik di Malaysia mahupun Indonesia.

“Ini bukan Malaysia lawan Indonesia, ini rakyat yang mahukan udara bersih melawan pihak yang mengotorkannya.

“Apabila hutan dibakar untuk keuntungan, untung masuk ke akaun syarikat, asap masuk paru-paru rakyat.

“Bapak, jerebu tidak memilih mangsa. Ia tidak membezakan warna kulit, agama atau kewarganegaraan.

“Anak Malaysia sesak nafas, anak Indonesia juga sesak nafas. Bendera kita mungkin berbeza, tetapi keperluan kita untuk bernafas tetap sama. Jangan bela pembakar kerana benderanya, bela rakyat kerana nyawanya,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Baca Artikel Berkaitan: Jerebu Malaysia Bukan Berpunca Daripada Indonesia – Menteri Alam Sekitar & Perhutanan Indonesia

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Indo Saman Kerajaan Indonesia, Didakwa ‘Cuai Besar’ Tangani Jerebu Setiap Tahun

Baca Artikel Berkaitan: KJ Sifatkan Indonesia Tidak Serius Tangani Jerebu, Kecewa Kerajaan Malaysia ‘Berlembut’ Dengan Negara Jiran [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved