Isu lewat agih baja: Pengarah urusan syarikat baja direman empat hari

LocalPolitics
13 Sep 2026 • 3:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Isu lewat agih baja: Pengarah urusan syarikat baja direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berkenaan dikeluarkan Majistret Eliana Ismail di Mahkamah Majistret Alor Setar pada Ahad.

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pengarah urusan sebuah syarikat pembekal baja selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja Tiga) kepada pesawah di Kedah.

Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 30-an itu sehingga 16 September dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar pada pagi Ahad.

Suspek ditahan kira-kira jam 2.30 petang pada Sabtu ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kedah.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong mengesahkan penahanan berkenaan ketika dihubungi dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM Kedah membuka kertas siasatan berhubung isu kelewatan pembekalan Baja Tiga yang dilantik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memenuhi keperluan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkeluasan kira-kira 100,000 hektar.

Siasatan itu susulan aduan diterima daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) pada 26 Ogos lalu berhubung kelewatan pengagihan bekalan baja kepada pesawah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved