Isu saman konvoi Malaysia: Peraturan jalan raya perlu dibincang - Ahmad Fahmi

21 Aug 2026 • 7:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Isu saman konvoi Malaysia: Peraturan jalan raya perlu dibincang - Ahmad Fahmi
Ahmad Fahmi. Foto fail Bernama

HATYAI - Kerajaan Malaysia dan Thailand perlu mengadakan perbincangan semula berhubung perbezaan peraturan serta undang-undang jalan raya di kedua-dua belah negara.

Ia susulan penahanan dan saman membabitkan penunggang motosikal warga Malaysia di Hat Yai yang tular baru-baru ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata demikian menerusi satu video pendek berdurasi 1 minit 35 saat yang dimuat naik seorang pengguna Facebook menggunakan nama Qamarul Asyraf.

"Memang terdapat perbezaan sedikit di antara peraturan-peraturan jalan raya di Thailand dan di Malaysia, ada beza sikit.

"Jadi mungkin perbezaan itu yang perlu kita bincang semula dengan pihak Thailand agar rakyat di Thailand dan juga di Malaysia mendapat lebih pendedahan mengenai undang-undang jalan raya di kedua-dua belah negara," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa amat penting bagi pelancong dan warga negara dari kedua-dua belah pihak untuk sentiasa menghormati serta mematuhi undang-undang jalan raya yang berkuat kuasa di negara berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved