Kerjasama politik PRN Melaka: Rundingan mesti timbang manfaat, mudarat

LocalPolitics
21 Aug 2026 • 6:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerjasama politik PRN Melaka: Rundingan mesti timbang manfaat, mudarat

KUALA LUMPUR: Sebarang rundingan politik perlu mengambil kira manfaat dan mudarat sebelum sesuatu kerjasama diputuskan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, rundingan yang dijalankan juga perlu berlandaskan kejujuran, keikhlasan serta komitmen untuk menunaikan sebarang persetujuan yang dicapai.

Katanya, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN dan UMNO negeri itu telah diberi mandat untuk mengetuai rundingan di peringkat negeri.

Ujarnya, hasil rundingan berkenaan akan dibawa ke peringkat nasional untuk pertimbangan dan diperhalusi selanjutnya.

“Pada hemat saya, sebarang perundingan yang akan dilakukan mesti melihat dua aspek iaitu manfaat dan mudarat.

“Kita harus melihat kemanfaatan yang lebih daripada mudarat dan sebarang perundingan yang akan dilakukan dengan mana-mana pihak atau mana-mana gabungan parti, ia mesti melihat aspek-aspek itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Amal Polis Diraja Malausia dengan Kerjasama Ipoh Superbike Club (ISB) sempena Sambutan Hari Polis ke 219 dan Ambang Merdeka, di sini hari ini.

Menurutnya, tiada satu formula khusus yang boleh digunakan bagi setiap negeri kerana situasi politik di Melaka berbeza berbanding negeri lain.

“Pada hemat saya, tidak ada satu formula yang sama dengan acuan yang sama kerana Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini juga mempunyai formula yang berbeza.

“Tentunya Melaka memerlukan formula yang sesuai dengan geopolitik di negeri Melaka,” katanya,” katanya.

Mengulas mengenai hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) di peringkat nasional menerusi Kerajaan Perpaduan, Ahmad Zahid berkata, ia diterjemahkan melalui koordinasi antara kementerian bagi memastikan kepentingan negara dan kestabilan politik terus dipelihara.

“Di peringkat nasionalnya, kerjasama itu bukan hanya terpancar dalam setiap mesyuarat Kabinet, di kalangan kerjasama antara kementerian-kementerian kita juga telah lakukan koordinasi.

“Pendekatan whole-of-government dilakukan untuk menyelesaikan (masalah) demi kepentingan negara, demi kepentingan kestabilan politik di negara kita,” katanya.

Beliau menggesa semua pihak perlu terus mengutamakan kerjasama antara pelbagai parti dan gabungan politik bagi memastikan kestabilan politik di peringkat nasional dapat dikekalkan. – UTUSAN

The post Kerjasama politik PRN Melaka: Rundingan mesti timbang manfaat, mudarat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved