Isu Tuanku Muhriz: Tiga Undang tarik balik semakan kehakiman

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 1:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isu Tuanku Muhriz: Tiga Undang tarik balik semakan kehakiman

KUALA LUMPUR – Tiga Undang Luak Negeri Sembilan (yang dipertikaikan) dan Undang Luak Johol menarik balik semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang memaksa Menteri Besar Negeri menandatangani proklamasi berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Mereka ialah Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.

Dalam pengurusan kes di hadapan Hakim Norliza Othman hari ini, alasan penarikan balik semakan kehakiman itu disebabkan permohonan tersebut telah menjadi akademik berikutan pengakuan Menteri Besar telah menandatangani Proklamasi bertarikh 3 Ogos lalu.

Mahkamah kemudian merekodkan perkara berkenaan.

Sebelum ini, semua pembesar negeri itu selaku pemohon memfailkan semakan kehakiman pada Julai lalu dengan menamakan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri sebagai responden.

Empat pihak itu telah memohon perintah mandamus memaksa Menteri Besar menandatangani proklamasi mengiktiraf penyingkiran Tuanku Muhriz dan satu lagi proklamasi mengiktiraf Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar ke-12. – KOSMO! ONLINE

The post Isu Tuanku Muhriz: Tiga Undang tarik balik semakan kehakiman appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved