ITMAX peroleh kontrak parkir pintar kedua di Selangor daripada MBSA

LocalTechnology
7 Aug 2025 • 2:17 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

ITMAX peroleh kontrak parkir pintar kedua di Selangor daripada MBSA

image is not available

07/08/2025 - 14:17

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Penyedia perkhidmatan infrastruktur digital bersepadu berasaskan kecerdasan buatan (AI), ITMAX System Bhd menerusi Selmax Sdn Bhd menerima kontrak kedua Skim Parkir Pintar Bersepadu (SIP) selama 10 tahun daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Katanya, menerusi pelantikan itu, Selmax bertanggungjawab melaksanakan, mengurus serta mengendalikan tempat letak kereta di bawah kendalian MBSJ.

Menerusi kontrak itu, mereka juga diberi pilihan lanjutan kontrak selama lima tahun.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, satu pelan perkongsian hasil telah dipersetujui, di mana Selmax akan menerima 50% daripada jumlah hasil yang dijana daripada kutipan parkir.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif ITMAX, William Tan Wei Lun berkata, pihaknya berbesar hati kerana sekali lagi telah dilantik sebagai pengendali SIP di Selangor, menandakan kontrak parkir pintar kedua kami di negeri ini.

Katanya, pelantikan itu mengukuhkan lagi peranan kami sebagai rakan teknologi yang dipercayai dalam menyokong pihak berkuasa tempatan untuk memodenkan mobiliti bandar.

"Melalui integrasi teknologi pemantauan amera litar tertutup (CCTV) dikuasakan AI dan Pengecaman Plat Nombor Kenderaan (LPR) menggunakan Rondaan Mudah Alih, kami berhasrat untuk meningkatkan pematuhan parkir, kecekapan operasi, serta keselamatan awam secara menyeluruh.

"Dengan rekod pencapaian yang terbukti dalam penyampaian infrastruktur bandar pintar, kami yakin dapat menyumbang secara bermakna kepada agenda Bandar Pintar Selangor serta mempercepatkan transformasi digital perkhidmatan awam.

"Kami berharap dapat meluaskan rumusan inovatif kami ke lebih banyak pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk membina persekitaran bandar yang lebih pintar, lebih selamat" katanya. - DagangNews.com

standard