Alha Alfa ulas wajah Bella Astillah mirip Siti Nurhaliza – “Jujur iras itu ada”

BeautyLifestyle
21 Oct 2026 • 11:34 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jurusolek, Datuk Seri Alha Alfa berkongsi pandangannya mengenai wajah Bella Astillah yang dikatakan mempunyai persamaan dengan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Image from: Alha Alfa ulas wajah Bella Astillah mirip Siti Nurhaliza – “Jujur iras itu ada”

Screenshot

Berdasarkan pengalamannya menyolek Bella, Alha menyifatkan beberapa ciri wajah pelakon dan penyanyi itu mempunyai iras Siti, khususnya bentuk hidung apabila dilihat dari sisi serta matanya yang redup.

Image from: Alha Alfa ulas wajah Bella Astillah mirip Siti Nurhaliza – “Jujur iras itu ada”

“Ok jujur saya cakap eh, bila saya mekap Bella, bentuk hidung dari side profile, bentuk mata yang tiada kelopak dan jenis mata redup tak garang, tahi lalat original sama, dan bentuk dahi. Kening pun iras-iras,” ciapannya, di Threads.

Selain menyenaraikan persamaan yang diperhatikannya, Alha turut menjelaskan perbezaan pada bahagian pipi kedua-dua selebriti berkenaan.

“Cuma Bella pipi bulat cikit, TokTi buah pipi mahal apple cheek tu, jujur iras tu ada,” ujarnya.

Menurut Alha, persamaan tersebut boleh dilihat sepintas lalu ketika Bella bergerak, meskipun kedua-duanya mempunyai ciri kecantikan tersendiri.

Image from: Alha Alfa ulas wajah Bella Astillah mirip Siti Nurhaliza – “Jujur iras itu ada”

“Bila bergerak tu sekali kilas akan nampak ada sikit iras tu.. sopan lemah lembut tu kot yang membuatkan mereka ni disayangi ramai,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Alha turut berpandangan bahawa sifat sopan dan lemah lembut mungkin menjadi antara sebab kedua-dua selebriti itu mendapat kasih sayang ramai.

“Apa pun masing-masing ada kecantikan masing-masing,” tambahnya lagi.

Sumber: Threads alhaalfa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved