Jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa, berkongsi pandangannya mengenai wajah pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang sering dikatakan mempunyai persamaan dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi satu hantaran di Threads, Alha yang pernah menata rias wajah Bella mengakui terdapat beberapa ciri wajah kedua-dua selebriti itu yang kelihatan seiras.
AdvertisementAlha Alfa Jawab Persoalan Bella Seiras Siti Nurhaliza
Menjawab pertanyaan seorang netizen, Alha menjelaskan bahawa persamaan tersebut dapat dilihat pada bentuk hidung, mata, dahi serta tahi lalat kedua-dua figura berkenaan.
View this post on Instagram
“Ok jujur saya cakap eh, bila saya makeup Bella, bentuk hidung dari side profile, bentuk mata yang tak de kelopak dan jenis mata redup tak garang, tahi lalat original sama, dan bentuk dahi. Kening pun iras-iras. Cuma Bella pipi bulat sikit, Tokti buah pipi mahal apple cheek tu. Jujur iras tu ada,” katanya.
Sama Bahagian Dahi, Hidung
Menurut Alha, persamaan wajah Bella dan Siti Nurhaliza juga lebih mudah dilihat apabila mereka bergerak atau dipandang dari sudut tertentu.

“Bila bergerak-gerak tu sekali kilas akan nampak ada sikit iras tu,” jelasnya.
Bagaimanapun, Alha turut menerangkan bahawa kedua-duanya mempunyai perbezaan pada bahagian pipi.
Menurut pemerhatiannya, Bella memiliki bentuk pipi yang sedikit bulat, manakala Siti Nurhaliza mempunyai bentuk tulang pipi yang lebih menonjol atau dikenali sebagai apple cheek.
“Masing-Masing Ada Kecantikan Masing-Masing”
Bukan sekadar persamaan wajah, Alha turut menyentuh keperibadian Bella dan Siti Nurhaliza yang disifatkannya mempunyai sifat sopan serta lemah lembut.
Baginya, keperibadian tersebut mungkin antara faktor yang membuatkan kedua-dua selebriti itu disayangi ramai.
“Sopan, lemah lembut tu kot yang membuatkan diorang ni disayangi ramai. Apa pun masing-masing ada kecantikan masing-masing,” ujarnya.
Perkongsian Alha itu sekali gus memberikan perspektif seorang jurusolek profesional terhadap persamaan wajah Bella dan Siti Nurhaliza yang menjadi perhatian pengguna media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dapat Mesej Tetamu Balik Sebab 'Seating' Dalam Dewan, Mereka Kecil Hati" - Bella Astillah Mohon Maaf
The post “Jujur Saya Cakap Eh..” – Alha Alfa Jawab Dakwaan Peminat Wajah Bella Astillah Seiras Siti Nurhaliza first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![[VIDEO] ‘Kalau beliau lapang’ – Noh Salleh idam duet dengan Siti lagi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-18.16.30-1024x682.jpeg?v=1792577860)




