J-KOM perkasa usaha bendung berita palsu menjelang PRN Melaka

LocalPolitics
4 Oct 2026 • 2:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: J-KOM perkasa usaha bendung berita palsu menjelang PRN Melaka

SEBERANG PERAI – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) akan mempergiat usaha membendung penyebaran berita palsu dan maklumat tidak tepat di media sosial sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Pengarahnya, Mohd. Hisyamuddin Ghazali berkata, usaha itu penting bagi memastikan rakyat menerima maklumat berasaskan fakta dan tidak terpengaruh dengan kandungan tidak tepat yang boleh menjejaskan gambaran sebenar mengenai prestasi kerajaan.

“Untuk PRN Melaka, kita akan usaha sedaya upaya menerangkan mesej yang baik kepada rakyat dan biarkan mereka buat pilihan terbaik.

“Ia dengan maksud, info-info yang kita sampaikan itu bukan fitnah, (tetapi) fakta-fakta yang tepat tentang kejayaan kerajaan Madani,” katanya kepada pemberita  selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Madani Kita (PMK) Bersama Komuniti Perai @ Batu Kawan di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, di sini hari ini.

Menurut Mohd Hisyamuddin, penyebaran berita palsu sebelum ini dilihat menyebabkan maklumat mengenai pencapaian kerajaan tenggelam ketika berlangsungnya PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, J-KOM kini memberi tumpuan lebih besar kepada media sosial dengan 70 peratus daripada fokus jabatan berkenaan tertumpu kepada segmen itu, manakala baki 30 peratus melalui program lapangan.

Beliau berkata, pendekatan turun padang menerusi PMK turut membolehkan J-KOM berinteraksi secara langsung dengan masyarakat selain mendapatkan pandangan mereka terhadap dasar serta prestasi kerajaan. – KOSMO! ONLINE

 

The post J-KOM perkasa usaha bendung berita palsu menjelang PRN Melaka appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved