Amirudin gesa BN jelaskan pendirian kerjasama PRN Melaka – “Jika tak minat, beritahu saja”

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 10:57 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pakatan Harapan (PH) menggesa Barisan Nasional (BN) menyatakan dengan jelas pendirian berhubung pendirian mereka sekiranya mahu kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Image from: Amirudin gesa BN jelaskan pendirian kerjasama PRN Melaka – “Jika tak minat, beritahu saja”

Foto: NSTP

Memetik laporan Berita Harian, Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata setakat ini belum ada perkembangan mengenai pertemuan antara kedua-dua pihak berkaitan perkara berkenaan.

Menurutnya, PH tidak mempunyai masalah sekiranya BN memilih untuk tidak bekerjasama, namun perkara itu perlu dimaklumkan lebih awal supaya PH dapat meneruskan persiapan menghadapi PRN Melaka.

“Setakat ini tidak ada lagi ura-ura mereka (kerjasama), bila nak sampai bubar (DUN) saya tak pasti, tapi mungkin mereka tak minat.
“Jadi kita tiada masalah kalau tak minat, bagi tahu saja kita teruskan (kerjasama tanpa BN),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Pelancaran Jentera Masjid Tanah di Kuala Sungai Baru, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin dan Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor turut mempersoalkan pendirian BN yang sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kemungkinan menjelang PRN Melaka.

“Mulanya dia kata macam nak pergi solo, kemudian dia kata nak pergi dengan PAS, lepas itu boleh pula nak pergi dengan PH.
“Jadi, itu mungkin untuk mengaburi pihak lawan dan kawan,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Amirudin berkata PH bersedia berdepan dengan pelbagai kemungkinan dalam PRN berkenaan, termasuk bertanding secara solo, membentuk jajaran baharu atau bekerjasama dengan UMNO/BN.

Katanya, PH tidak mahu hanya bergantung kepada perkembangan rundingan dengan BN sebaliknya persiapan di peringkat parti tetap diteruskan.

Artikel lain: PRN Melaka: Runding atau tak, PH tetap sedia hadapi! Terpulang rakyat buat pilihan – Adam Adli

Langkah itu termasuk menggerakkan jentera pilihan raya, memperkukuh pasukan serta membuat persediaan di kawasan yang dikenal pasti untuk ditandingi.

PH dengan itu dilihat mengambil pendekatan untuk terus bersiap sedia menghadapi PRN Melaka tanpa menunggu keputusan akhir mengenai bentuk kerjasama antara parti-parti terbabit.

Sumber: Berita Harian (Farhana Yaacob)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved