Tunisia ganti hukuman penjara berita palsu dengan denda

WorldPolitics
1 Oct 2026 • 4:22 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tunisia ganti hukuman penjara berita palsu dengan denda

TUNIS: Tunisia memansuhkan hukuman penjara bagi kesalahan menyebarkan berita palsu dan menggantikannya dengan hukuman denda menerusi pindaan undang-undang jenayah siber negara itu.

Pindaan terhadap Dekri 54 itu diterbitkan dalam Warta Rasmi Tunisia pada Rabu.

Sebelum pindaan, individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu sehingga menjejaskan keselamatan awam atau hak orang lain boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.

Di bawah peruntukan baharu, kesalahan itu kini boleh dikenakan denda antara 10,000 hingga 20,000 dinar Tunisia (RM13,487 hingga RM26,Y974).

Hukuman sama turut dikenakan terhadap penyebaran bahan rekaan atau dipalsukan, data peribadi serta dakwaan palsu yang bertujuan mencemarkan nama baik atau menjejaskan reputasi orang lain.

Ia turut merangkumi perbuatan yang menyebabkan kerugian material atau moral, menghasut serangan atau mempromosikan ucapan kebencian.

Bagaimanapun, kesalahan berulang masih boleh membawa hukuman penjara enam bulan serta denda 50,000 dinar, atau lebih (RM65,394).

Hukuman berkenaan turut digandakan sekiranya individu yang menjadi sasaran ialah pegawai awam atau individu yang mempunyai kedudukan setara.

Pindaan itu dibuat susulan mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Presiden Kais Saied pada Selasa bagi membincangkan perubahan terhadap Dekri 54 dan beberapa peruntukan undang-undang lain.

Dekri 54 sebelum ini menerima kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia yang bimbang peruntukan berkenaan boleh menjejaskan kebebasan bersuara.

Pindaan terbaharu itu kini menetapkan denda sebagai hukuman utama bagi kesalahan berkaitan penyebaran berita palsu, berbanding hukuman penjara seperti diperuntukkan sebelum ini.- ANADOLU

The post Tunisia ganti hukuman penjara berita palsu dengan denda appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved