Doktor Dedah Risiko Jika Tak Cabut Gigi Bongsu [Video]

Health & Fitness
16 Jun 2025 • 6:00 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sakit gigi merupakan antara kesakitan yang teruk boleh dilalui seseorang. Kesakitan ini boleh terjadi dalam pelbagai bentuk serta tahap, dan boleh berlarutan dalam jangka masa lama.

Kesakitan itu juga boleh datang dan pergi secara tiba-tiba. Ramai yang mengaitkan masalah keradangan terbabit dengan pengambilan makanan yang tidak sihat secara kerap dalam rutin harian sebagai contoh minuman manis atau gula.

Namun begitu, sakit gigi tidak berlaku disebabkan kaviti sahaja tetapi perkara lain yang mungkin tidak disedari orang ramai.

Pesakit Mengadu Gigi Bongsu Punca Tak Boleh Tidur

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@tomato_012) apabila seorang doktor gigi dikenali sebagai Dr Habib berkongsi beberapa info tentang gigi bongsu.

Untuk info, gigi bongsu adalah gigi geraham ketiga di rahang atas dan bawah yang terletak di bahagian hujung gigi.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Sumber: AZ Family & Kids Dental

Menurut Dr Habib, dia telah menerima beberapa pesakit dengan masalah yang sama dalam hanya satu minggu sahaja iaitu mengadu sakit di bahagian rahang belakang sekali.

Jelasnya, pesakit-pesakit mengalami masalah sukar untuk tidur dan tidak boleh boleh makan dengan mudah. Namun selepas diperiksa, ia bukanlah disebabkan oleh gigi bongsu tetapi gigi di hadapannya.

Celah Lubang Antara Gigi Bongsu Punca Keradangan

Jadi apa yang sebenarnya berlaku?

Hal ini terjadi apabila terdapat gigi bongsu yang tidak tumbuh secara keseluruhannya. Dalam situasi ini, gigi geraham yang berada di hadapan berasa sakit kerana ada lubang di antara gigi tersebut bersama gigi bongsu yang belum dicabut itu.

image is not available
Sumber: TikTok (@tomato_012)

Perkara ini boleh terjadi apabila gigi bongsu tersebut tumbuh secara senget dan menghasilkan lubang di antara dua gigi geraham. Lubang itu pula kebiasaannya akan mengandungi pelbagai bakteria terkumpul akibat sisa makanan yang tersekat.

Bukan itu sahaja, cara menggosok gigi yang tidak betul dan saiz berus gigi terlalu besar juga boleh menjadi punca keradangan ini berlaku. Berus gigi besar berkemungkinan tidak sampai pada permukaan lubang antara celahan gigi.

Bakteria jahat berkenaan pula akan menghakis gigi anda.

Rawatan Untuk Tangani Rasa Sakit Akibat Lubang Antara Gigi Geraham

Antara rawatan yang akan dilakukan bagi masalah terbabit adalah seperti berikut:

  • Doktor buang gigi geraham bahagian depan
  • Doktor buang gigi bongsu
  • Atau buang kedua-duanya sekali

Semuanya berbalik kepada situasi setiap pesakit.

image is not available
Sumber: E. L. Lim Dental Surgery

Langkah Pencegahan Masalah Sakit Akibat Lubang Pada Celahan Gigi

Selain menggunakan berus gigi biasa, anda boleh mendapatkan berus gigi saiz mini dikenali sebagai Single Tufted Toothbrush. Bentuk berus yang tirus itu mampu masuk di celah lubang.

image is not available
Foto: Single Tufted Toothbrush
Sumber: Freepik

Selain itu, anda juga boleh menggunakan water flosser secara harian bagi menghapuskan sisa makanan yang mengundang bakteria.

image is not available
Sumber: Freepik

Kesimpulannya, gigi bongsu tidak perlu dibuang sekiranya ia tidak memudaratkan kesihatan namun adalah penting untuk menjaganya dengan baik bagi mengelakkan keadaan seperti yang diulaskan di atas.

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Kongsi Pengalaman Sakit Gigi Bongsu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat turut berkongsi pengalaman mereka semasa menghadapi kesakitan disebabkan gigi bongsu.

“Minggu lepas bedah buang gigi bongsu yang dah pecah. Susah oi nak buang sejam lebih. Masa tarik gigi tu boleh pecah. Tinggal sisa dekat dalam. Doktor pun jahit je la gusi. Biar dia (gigi bongsu) tumbuh balik kemudian cabut,” kata seorang wanita.

Malah ada juga yang berkata mereka melalui perkara yang sama, iaitu keradangan akibat lubang di celah gigi bongsu dan gigi geraham di hadapannya.

“Kes saya macam ni la. Akhir sekali dua-dua gigi kena buang sebab gigi depan dah berlubang, ditolak gigi belakang yang separuh tumbuh,” ujar seorang pengguna TikTok.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok (@tomato_012)

3 Punca Yang Menyebabkan Kemunculan Gigi Bongsu

Seperti semua sedia maklum, gigi bongsu ini boleh menyebabkan kesakitan melampau. Tetapi sebenarnya bagaimana ia terbentuk?

Memetik Hello Doktor, terdapat tiga punca utama mengapa ia terjadi. Antaranya:

image is not available
Sumber: Pexels

  • Masalah genetik

Gangguan kemunculan gigi bongsu boleh terjadi disebabkan ibu bapa si anak memiliki lengkung rahang kecil dan ukuran gigi lebih besar.

  • Jenis makanan yang diambil

Pengambilan makanan lembut kurang merangsang pertumbuhan dan perkembangan lengkung rahang.

Manakala makanan yang lebih keras pula menyebabkan otot-otot dalam mulut bergerak semasa mengunyahnya sehingga rahang lebih terangsang untuk tumbuh ke tahap maksimum.

  • Kedudukan benih gigi

Benih gigi yang tumbuh pada arah yang salah akan menyebabkan kedudukan gigi tersebut adalah tidak tepat. Ia kemudiannya akan mengganggu pertumbuhan gigi bongsu dan juga yang lain.

Source: