Jalan gelap, lampu rosak di Inanam dan Sandakan

25 Feb 2025 • 3:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sidney Skinner

DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan meningkatkan usaha dalam menyelenggara lampu jalan di Batu 5 dan Batu 6, Jalan Tuaran, manakala Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) berjanji untuk lebih teliti memastikan jalan di bawah bidang kuasanya sentiasa terang pada waktu malam.

Langkah ini diambil susulan maklum balas berasingan mengenai pengalaman pemanduan yang kurang selesa pada waktu malam di lokasi terbabit, termasuk di Jalan Sibuga dan Jalan Buli Sim-Sim di Sandakan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Seorang pemandu, yang bekerja di Inanam Business Centre meluahkan rasa kecewanya terhadap keadaan jalan utama yang gelap antara pejabatnya dan kawasan Warisan tempat tinggalnya. SEORANG juruteknik memeriksa pendawaian lampu di pembahagi jalan di tengah-tengah Jalan Tuaran.

Individu terbabit hampir melanggar pejalan kaki yang sedang melintas di bahagian Jalan Tuaran berbeza dalam dua kejadian baru-baru ini pada waktu malam.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Seorang lagi pemandu dari Sandakan pula berharap pihak berkuasa tempatan lebih proaktif memastikan lampu jalan di sekitar bandar itu berfungsi dengan baik.

Kedua-dua pengguna jalan raya ini memberikan lokasi lampu jalan terjejas kepada Hotline. Maklumat ini kemudiannya dikemukakan kepada agensi berkaitan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK berkata kontraktor elektriknya sudah dimaklumkan mengenai masalah lampu jalan di sepanjang 1.6 kilometer jalan utama antara Inanam Business Centre dan Pusat Perindustrian Warisan. BAHAGIAN jalan utama dekat pusingan-U ini lebih terang selepas pemasangan lampu baharu seperti yang dilihat dalam gambar ini.

Katanya, pemeriksaan ke atas satu bahagian jalan selepas Jambatan Inanam mendapati beberapa lampu jalan telah tumbang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Berdasarkan keadaan lampu yang terbaring di pembahagi jalan, kami mengesyaki ia mungkin dilanggar oleh pemandu yang cuai,” katanya.

“Pekerja kontraktor memasang tiga lampu baharu sebelum pusingan-U di bahagian jalan ini.”

Dala kes di bahagian Jalan Tuaran antara Business Centre dan bulatan Inanam, kerja-kerja pembaikan dilakukan di lokasi dengan pekerja kontraktor menukar lapan lampu 250-watt, lapan balast 250-watt, dan lapan pencucuh untuk beberapa lampu jalan.

“Mereka juga menggantikan tiga MCB 16 amp dan enam ‘neutral links’ untuk lampu lain. Sebuah ‘sky-master’ digunakan bagi memudahkan kerja-kerja pemulihan pencahayaan.”

‘Balast’ berfungsi untuk mengawal arus elektrik dan memberikan voltan mencukupi bagi menghidupkan lampu, menurutnya.

Katanya, ‘pencucuh’ bertindak sebagai pemula untuk meningkatkan voltan awal bagi menyalakan lampu, manakala MCB atau Papan Litar Mini pula berfungsi mengesan dan menghentikan arus elektrik yang tidak normal serta mencegah litar pintas.

Jurucakap itu berkata kontraktor itu memantau bahagian jalan di Jalan Tuaran yang terjejas selama beberapa hari selepas itu.

“Lampu berfungsi sebaiknya ketika itu.”

Katanya, kontraktor terbabit diarahkan untuk terus memantau kemudahan ini dari semasa ke semasa bagi memastikan ia kekal beroperasi.

Bagi masalah lampu jalan di Sandakan, seorang jurucakap berkata pihaknya sedang menentusahkan aduan yang dibuat oleh pemandu.

“Kami perlu menentukan sama ada kawasan yang tidak bercahaya ini tersenarai dalam daftar jalan kami,” katanya.

“Jika benar, juruteknik kami akan dihantar untuk memeriksa keadaan lampu jalan ini. KAKITANGAN kontraktor mengalihkan mana-mana lampu yang telah tumbang.

“Mereka perlu mengenal pasti punca kerosakan sebelum mengambil langkah yang sewajarnya bagi memulihkan pencahayaan.”

Dia berkata, pihak berkuasa berkaitan akan dimaklumkan mengenai masalah ini jika ia bukan di bawah bidang kuasa MPS.

Kedua-dua jurucakap mengakui bahawa tiada jadual tetap untuk penyelenggaraan kemudahan ini.

Mereka berkata tindakan hanya diambil untuk menangani lampu jalan ini.di bawah penjagaan mereka apabila keadaan memerlukan.