Jalan kaki di pantai, jumpa duit lebih RM2 juta 

31 Jul 2026 • 9:08 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jalan kaki di pantai, jumpa duit lebih RM2 juta 

ROM – Pengunjung sebuah pantai di Itali terkejut apabila menemukan beberapa buah beg dipenuhi wang kertas berjumlah £600,000 (RM2.8 juta) yang hanyut ke darat, lapor akhbar The Sun UK.

Penemuan mengejutkan itu dibuat di Casuzze, sebuah resort di selatan Pulau Sicily, baru-baru ini. 

Rakaman video kejadian menunjukkan orang ramai mengelilingi beberapa beg berwarna biru, dengan seorang daripada mereka membuka zipnya dan menemukan sejumlah wang kertas. 

Polis berkata, wang itu  dicampakkan ke dalam laut daripada sebuah bot laju yang terkandas. 

“Bot itu mengalami masalah enjin semasa melakukan perjalanan dari Malta. Selepas kehabisan bahan api, ia hanyut ke arah pantai sambil membawa tiga lelaki dan seorang kanak-kanak dipercayai berusia 13 tahun. 

“Tiga penumpang terjun ke dalam air, manakala seorang lagi membuang beg-beg itu ke dalam laut ketika pihak berkuasa menghampiri bot mereka,” kata polis. 

Pihak berkuasa berjaya memperoleh hampir kesemua wang yang dianggarkan berjumlah antara £500,000 (RM2.3 juta) hingga £600,000 itu.

Keempat-empat penumpang ditahan untuk soal siasat, manakala bot laju mereka disita. 

Polis menyiasat sumber wang dan tujuan ia dibawa dari Malta ke Sicily. – AGENSI

 

The post Jalan kaki di pantai, jumpa duit lebih RM2 juta  appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved