E&O beli tanah dan kondominium di Jalan Kia Peng bernilai RM189.9 juta daripada Twelve Kiapeng

Business & FinanceProperty
31 Jul 2026 • 5:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

E&O beli tanah dan kondominium di Jalan Kia Peng bernilai RM189.9 juta daripada Twelve Kiapeng Image from: E&O beli tanah dan kondominium di Jalan Kia Peng bernilai RM189.9 juta daripada Twelve Kiapeng amree31/07/2026 - 17:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 31 JulaiEastern & Oriental Berhad (E&O) memperoleh sebuah tanah pegangan bebas bersama sebuah kondominium 30 tingkat di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur pada harga RM189.9 juta,

 

Pembelian itu dilaksanakan syarikat usaha sama (JV) tidak langsung milik 66.67%, KP Urban Sdn Bhd menerusi pemeteraian perjanjian jual beli (SPA) dengan Twelve Kiapeng Sdn Bhd pada 31 Julai 2026.

 

Kumpulan tersebut dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, tanah berstatus pegangan bebas itu berkeluasan kira-kira 5,682 meter persegi terletak di Lot 239, Seksyen 58, Bandar Kuala Lumpur.

 

"Hartanah ini menempatkan sebuah kondominium setinggi 30 tingkat, serta dibeli berdasarkan konsep  bebas sebarang bebanan serta dengan pemilikan kosong yang tertakluk kepada syarat SPA," kata E&O.

 

Tanah berkenaan mempunyai syarat nyata untuk pembangunan kondominium kediaman bertingkat, sekali gus menawarkan potensi pembangunan semula di lokasi utama berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur.

 

KP Urban dimiliki 66.67% oleh KCB Holdings Sdn Bhd dan baki 33.33% oleh Golden Urban Nite Sdn Bhd, namun diklasifikasikan sebagai JV kerana sebarang keputusan memerlukan persetujuan secara bersama.

 

E&O_DagangNews2026

 

Pembelian ujar E&O, akan dibiayai menerusi gabungan pinjaman bank atau kemudahan pembiayaan dan pendahuluan pemegang saham, dengan komposisi ditentukan berdasarkan penggearan dan aliran tunai.

 

"Harga pembelian dipersetujui berdasarkan prinsip penjual dan pembeli sedia berurus niaga selepas diambil kira nilai pasaran setanding, lokasi strategik serta potensi pembangunan," tambahnya.

 

Kumpulan berkata, pemerolehan itu sejajar dengan strategi perluaskan bank tanah bagi mengukuhkan saluran pembangunan projek baharu serta menyokong pertumbuhan mampan perniagaan hartanah KP Urban.

 

E&O menjangkakan pembangunan baharu di atas tanah berkenaan akan meningkatkan prospek pertumbuhan jangka panjang serta menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan melalui pegangan ekuiti.

 

Kumpulan namun mengakui ada beberapa risiko termasuk penyempurnaan transaksi mengikut syarat SPA, kelewatan pembiayaan serta penyerahan pemilikan kosong memandangkan kondominium itu masih didiami.

 

"Mengikut SPA, pemilikan kosong hanya perlu diserahkan oleh penjual tidak lebih awal daripada 28 Februari 2027, dan cadangan pemerolehan dijangka diselesaikan pada suku pertama 2027," katanya.

 

Pembelian itu tidak memerlukan kelulusan pemegang saham E&O, serta tidak memberi kesan material terhadap modal saham, pendapatan sesaham, nilai aset bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2027.

 

Lembaga Pengarah berpandangan urus niaga itu adalah demi kepentingan terbaik kumpulan serta dilaksanakan pada terma komersial yang adil dan munasabah. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved