“Kes terpencil yang tidak disengajakan” – MB Terengganu Jawab Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan & Bintang

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 3:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

jalur gemilang bulan bintang mb terengganu

Kejadian pemasangan Jalur Gemilang tanpa lambang bulan dan bintang di Dataran Batu Buruk, Terengganu bukan dilakukan secara sengaja sebaliknya berpunca daripada kesilapan teknikal.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menyifatkan kejadian yang tular di media sosial itu, sebagai kes terpencil dan tidak disengajakan.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang, termasuk membabitkan pemasangan oleh orang awam.

“Saya rasa itu bukan kes yang disengajakan, kes yang terpencil yang tidak disengajakan.

“Apa pun, kita akan lakukan siasatan dan memastikan perkara itu tidak berulang lagi, walaupun siapa juga yang memasangnya termasuk orang awam dan sebagainya,” katanya.

 

View on Threads

 

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Lizan Che Mat menjelaskan, Jalur Gemilang berkenaan sebenarnya mempunyai lambang bulan dan bintang, namun bahagian itu tercabut selepas dijahit pada bendera susulan ribut kuat.

Katanya, MBKT mengambil tindakan serta-merta dengan menurunkan bendera berkenaan pada Jumaat lalu dan menggantikannya dengan Jalur Gemilang baharu.

“Bendera yang lama bukan tidak ada bulan dan bintang cuma kita jahit dan bahagian sebelah itu tercabut akibat ribut kuat pada hari berkenaan,” katanya.

Pihaknya memberi jaminan akan membeli bendera yang sudah siap sepenuhnya sebagai langkah untuk mengelakkan kejadian sama berulang, selain memastikan Jalur Gemilang dipasang mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved