Jamil Khir direman lima hari bantu siasatan RCI Tabung Haji

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 3:58 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Jamil Khir Baharom direman

Datuk Seri Jamil Khir Baharom direman selama lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu hadir di Mahkamah Majistret Putrajaya pada pagi tadi untuk prosiding permohonan reman.

Majistret Ezrene Zakariah membenarkan permohonan SPRM untuk menahan beliau sehingga Ahad bagi membantu siasatan yang dijalankan agensi berkenaan.

Memetik laporan Malaysia Kini, peguamnya, Hamidi Mohd Noh, berkata Jamil Khir disiasat mengikut Seksyen 16A Akta SPRM 2009.

Menurut beliau, anak guamnya memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan berkaitan perkara berkenaan yang telah berlangsung sejak 2018.

“Dia ditahan untuk bagi kerjasama dan dia sentiasa bagi kerjasama.

“Dari (siasatan) tahun 2018 sampai sekarang Datuk Seri Jamil memang sentiasa bagi kerjasama, tak pernah tak bagi kerjasama,” katanya.

Baca juga:

Hamidi turut memaklumkan tiada sebarang pesanan disampaikan Jamil Khir selepas prosiding reman selesai apabila ditanya mengenai perkara itu.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan penahanan seorang bekas menteri kira-kira jam 4.30 petang semalam bagi membantu siasatan berhubung laporan RCI Tabung Haji.

Siasatan itu turut dikaitkan dengan isu pajakan sebuah hotel di Arab Saudi.

@sprm.malaysia

Bekas Menteri Pula Ditahan Susulan RCI Tabung Haji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas Menteri berhubung siasatan berkaitan kes melibatkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, hari ini. Penahanan itu dilakukan kira-kira jam 4.30 petang dan berkaitan isu pajakan hotel di Arab Saudi. Bekas Menteri berkenaan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman esok. #SPRMMalaysia #BeraniDanRadikalPerangiRasuah #BoldAndRadicalinFightingCorruption #taatsetia

♬ Trilha Motivacional: Supere os Desafios – Nando Pinheiro

The post Jamil Khir direman lima hari bantu siasatan RCI Tabung Haji appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved