Rumusan Artikel
Fazley Yaakob mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan ‘silent treatment’ dalam hubungan.
Menurutnya, tindakan itu tidak wajar dikenakan terhadap individu yang sudah berusaha memberikan yang terbaik.
‘Silent treatment’ tanpa sebab munasabah boleh memberi kesan emosi yang mendalam.
Fazley menyifatkannya sebagai perkara yang kejam dan menyakitkan untuk dilalui seseorang.
Usahawan dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan pendekatan ‘silent treatment’ terhadap pasangan atau individu yang sudah berusaha memberikan yang terbaik dalam sesebuah hubungan.
Menerusi Threads, Fazley turut berkongsi foto yang menerangkan maksud ‘silent treatment’ sebelum menitipkan pesanan kepada pengikutnya.

“Sekadar ingatan untuk semua, jangan sesekali bagi ‘silent treatment’ pada mereka yang telah berusaha memberi yang terbaik di dalam segala-galanya,” tulisnya.
Menurut Fazley, tindakan mendiamkan seseorang tanpa sebab yang munasabah boleh memberi kesan emosi yang mendalam kepada individu berkenaan.
View this post on Instagram
“Ia perkara paling kejam dan menyakitkan yang seseorang tidak sepatutnya lalui, terutama apabila tanpa ada sebab yang munasabah,” katanya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Kau Pun Orang Kenal Sebab Menantu Siti..." - Tya Ariffin Mohon Maaf Jika Pernah Dianggap Sombong, Beri Alasan Rabun Jauh
The post “Jangan Bagi ‘Silent Treatment’ Bagi Mereka Yang Dah Cuba Yang Terbaik” – Fazley Yaakob first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





