LTdL 26: Dua serangan terakhir Aiman Rosli buru penamat podium

2 Oct 2026 • 5:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: LTdL 26: Dua serangan terakhir Aiman Rosli buru penamat podium

REMBAU – Dua peringkat terakhir Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) disifatkan sebagai medan terbaik buat pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Rosli untuk melancarkan serangan terakhir bagi memburu podium.

Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal berkata, profil laluan Peringkat 7 dan 8 yang berstatus landai memberi kelebihan taktikal kepada pelumba berusia 27 tahun itu untuk membuktikan kemampuannya.

Jelas Emir, selepas melepasi dua zon pendakian mencabar di Cameron Highlands dan Genting Highlands, Aiman kini mempunyai masa yang cukup untuk memulihkan tenaga bagi tampil lebih agresif sebelum saingan melabuhkan tirai di Putrajaya.

Image from: LTdL 26: Dua serangan terakhir Aiman Rosli buru penamat podium
KETUA Pegawai Operasi Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26), Emir Abdul Jalal. -ISKANDAR ISHAK

“Baki dua peringkat ini memang peluang terbaik buat Nur Aiman dan itu yang kita semua harapkan. Selepas melepasi Genting, dia mempunyai ruang masa untuk kembali segar.

“Peringkat 7 boleh dianggap peluang kedua terakhirnya. Jika terlepas sekali pun, dia masih berpeluang membuktikan kemampuannya di Putrajaya nanti. Karakter laluannya memang sangat sesuai untuk dia meloloskan diri daripada peloton,” katanya.

Pada Peringkat 6 dari Pandan Indah ke Rembau sejauh 121.3 kilometer (km) hari ini, Aiman sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-101 daripada 110 pelumba dan menjadi petunjuk jelas dia memilih untuk menyimpan tenaga bagi misi serangannya esok.

Sebelum ini, Aiman pernah melakar kejutan menaiki podium selaku naib juara Peringkat 7 (Melaka ke Medini) menerusi kayuhan breakaway pada edisi terdahulu.

Pada Peringkat 7 esok membabitkan kayuhan sejauh 158.9km dari Dataran Pahlawan, Melaka menuju ke Batu Pahat, Johor tanpa sebarang zon pendakian sekali gus membuka ruang kepada Aiman mencipta kejutan lebih awal.

Kemuncak saingan edisi ke-30 ini kemudiannya akan ditutup menerusi Peringkat 8 pada Ahad, merentasi jarak 188.3km dari Muar ke Presint 3, Putrajaya. -KOSMO! ONLINE

The post LTdL 26: Dua serangan terakhir Aiman Rosli buru penamat podium appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved