‘Jangan Cakap Sarawak Guna Kamek Kitak Di Kuala Lumpur’, Netizen Kecam Individu Malu Cakap Sarawak

Local
6 Jun 2023 • 8:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Individu malu guna bahasa Sarawak di semenanjung

‘Jangan Cakap Sarawak Guna Kamek Kitak Di Kuala Lumpur’, Netizen Kecam Individu Malu Cakap Sarawak. Seorang individu memuat naik satu hantaran mengenai perbualan bahasa Sarawak digunakan di Kuala Lumpur, telah menarik perhatian netizen.

Menerusi perkongsiannya di Facebook itu, individu tersebut menyatakan bahawa orang Sarawak yang menetap di semenanjung tidak perlu bercakap dalam bahasa Sarawak kerana ia memalukan.

“Kepada orang Sarawak menetap di semenanjung tolong jangan bagi malu orang Sarawak. Kalau nak tinggal sana, perlu belajar bahasa KL disana dan jangan gunakan bahasa Sarawak.

“Hormat tempat budaya orang disana, kita berada di semenanjung tidak perlu berbicara bahasa Sarawak disana.

image is not available
Sumber: Facebook

Tak selesa dengar orang cakap bahasa Sarawak

Bukan itu sahaja, malah beliau meluahkan rasa tidak selesa dan malu dengan sikap rakyat Sarawak yang bercakap Bahasa Sarawak di dalam pesawat.

“Saya pernah melihat orang Sarawak di dalam pesawat untuk berlepas ke kuala lumpur menggunakan bahasa ‘kamek kitak’, saya kurang selesa dan malu dengan sikap mereka.

“Jaga adap percakapan kita, jangan terbawa ke sana. Sebab itulah kita sering dipandang rendah disana.

Sekadar luahan, tapi tetap malu bertegur jika sesiapa cakap Sarawak

Dalam pada itu, beliau menjelaskan ungkapan itu sekadar luahan hatinya kerana dia sudah lama berada di semenanjung dan malu bertegur jika sesiapa yang menggunakan dialek bahasa Sarawak di sana.

“Maafkan say aini hanya luahan saya kerana saya sendiri lama berada di semenanjung, kadang-kadang saya malu bertegur mereka jika mereka membawa dialek bahasa Sarawak di sana, terus saya bisu seribu bahasa.

Netizen geram dengan kenyataannya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataannya yang pelik itu serta membuat netizen berang.

“Aku pun malu, malah nak muntah tengok muka kau. Tak sedar diri asal Sarawak,” komen pengguna Facebook yang berang dengan kenyataan individu tersebut.

“Aku orang Sarawak juga dan 30 tahun aku merantau mana-mana negeri dalam Malaysia tapi aku tetap bangga dan teruja bila berjumpa orang Sarawak di semenanjung,” ujar lagi salah seorang pengguna Facebook.

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

Baca juga artikel yang berkaitan:

View Original Article