Jangan gugat keharmonian rakyat Terengganu – Chee How

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 10:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jangan gugat keharmonian rakyat Terengganu – Chee How

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Terengganu, Chan Chee How menggesa pemimpin DAP supaya tidak mencetuskan polemik berhubung arahan penutupan premis perniagaan ketika waktu solat Jumaat sehingga boleh menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Beliau berkata, kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berhubung perkara itu perlu berasaskan fakta lengkap serta mengambil kira keadaan sebenar masyarakat setempat.

Katanya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sebelum ini sudah memberikan penjelasan terperinci pada 10 Januari 2024 bahawa arahan penutupan sementara premis perniagaan antara pukul 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap Jumaat mempunyai beberapa pengecualian.

“Premis perniagaan milik bukan Islam diberikan pengecualian dan dibenarkan beroperasi seperti biasa namun premis makanan yang mempunyai pekerja beragama Islam turut tertakluk kepada peraturan itu bagi membolehkan mereka menunaikan solat Jumaat.

“Kedai makan yang diuruskan pekerja wanita pula boleh memohon kelulusan khas untuk meneruskan operasi, manakala premis hotel turut diberikan pengecualian dengan mengambil kira keperluan musafir dan pelancong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, penjelasan tersebut membuktikan pelaksanaan dasar berkenaan mengambil kira tuntutan agama umat Islam tanpa mengetepikan kepentingan masyarakat bukan Islam serta sektor perniagaan dan pelancongan. – KOSMO! ONLINE

The post Jangan gugat keharmonian rakyat Terengganu – Chee How appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved