Tarik balik kenyataan! Adam Adli desak MP Kota Melaka mohon maaf isu solat Jumaat

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 9:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim menggesa Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menarik balik kenyataannya serta memohon maaf susulan isu arahan penutupan sementara premis perniagaan ketika solat Jumaat di Kuala Terengganu.

Adam Adli tak setuju kenyataan Poay Tiong

Menerusi satu hantaran di media sosial, Adam Adli menyatakan ketidaksetujuannya terhadap kenyataan Poay Tiong dan mengingatkan beliau supaya menghormati kedaulatan undang-undang negeri serta sensitiviti beragama dalam masyarakat.

Menurutnya, pelaksanaan arahan berkenaan merupakan urusan pentadbiran yang mempunyai asas perundangan menerusi enakmen negeri dan selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

” Walaupun wujud perbezaan pendapat dalam menafsirkan asas penubuhan sesuatu undang-undang, peraturan itu terhasil daripada prinsip persetujuan majoriti dan mandat rakyat Terengganu kepada badan legislatif serta eksekutif negeri untuk menggubalnya.
“Maka kita wajib hormati mandat terbabit seperti mana kita mahu orang hormati mandat yang diberi kepada kita,” katanya.

Jelaskan kewajipan solat Jumaat

Dalam masa sama, Adam Adli turut menjelaskan kewajipan menunaikan solat Jumaat bagi lelaki Muslim mempunyai sandaran jelas menerusi Surah al-Jumu’ah, ayat 9 yang menuntut umat Islam meninggalkan urusan jual beli apabila tiba waktunya.

Jelasnya, perkara tersebut bukan sekadar amalan budaya atau adat, sebaliknya merupakan tuntutan agama yang berkait secara langsung dengan pelaksanaan ibadah.

“Dalam masyarakat majoriti Muslim, pelaksanaan dasar yang bertujuan memelihara kewajipan ini juga adalah amalan yang diterima baik dan wajar difahami dalam konteks kehidupan beragama masyarakat setempat.
“Sebarang perbahasan mengenai perbezaan pandangan terhadap sesuatu dasar mestilah berasaskan kefahaman terhadap undang-undang, tuntutan agama dan sensitiviti masyarakat,” katanya.

Image from: Tarik balik kenyataan! Adam Adli desak MP Kota Melaka mohon maaf isu solat Jumaat

Terdahulu, Khoo Poay Tiong membangkitkan kebimbangan mengenai arahan penutupan premis perniagaan dari jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap Jumaat yang didakwa boleh menjejaskan operasi peniaga bukan Islam.

Beliau turut mempersoalkan kesan pelaksanaan peraturan tersebut terhadap kebebasan berniaga dan kehidupan masyarakat berbilang kaum.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang sebelum ini menyuarakan teguran terhadap tindakan Khoo mempersoalkan arahan penutupan premis ketika solat Jumaat.

Sumber: Instagram adamadli_

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved