
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada ketika ini, kecoh di media sosial mengenai isu seorang influencer wanita diceraikan suami ketika sedang bersiaran langsung (live) di TikTok.
Menerusi klip rakaman live berkenaan yang tular, kedengaran pasangan terbabit bertengkar sebelum suami wanita itu yang juga seorang pempengaruh melafazkan cerai talak dua sebanyak tiga kali.
Kejadian itu mengejutkan kira-kira 20,000 pengguna media sosial yang menonton siaran langsung terbabit pada ketika itu memandangkan pasangan berkenaan baru sahaja rujuk semula selepas penceraian kali pertama dengan talak satu.
Jangan jadikan isu cerai dan rujuk sebagai konten
Susulan itu, ia telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk pendakwah bebas, PU Syed yang turut tampil membahas perkara tersebut.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, PU Syed menasihati orang ramai terutamanya pasangan muda agar tidak menjadikan isu cerai dan rujuk sebagai konten untuk meraih pandangan manusia.
Malah, dia juga yakin bahawa perkara sebegini sekiranya dikongsikan di media sosial akan mendapat kecaman ramai.
Nikah, cerai dan talak akan berlaku meskipun dalam keadaan bergurau
Berkongsi lanjut, dia berkata terdapat tiga perkara yang akan terjadi meskipun dilakukan secara gurauan atau bersungguh-sungguh iaitu nikah, cerai dan rujuk semula.
Menurutnya, kes penceraian pasangan influencer ini perlulah dirujuk kepada Mahkamah Syariah, namun secara teorinya mengikut pengiraan talak 2 yang dilafazkan secara langsung dan talak satu sebelum ini, maka telah menjadi talak tiga jika dicampur.
Jelas PU Syed, sekiranya benar telah jatuh talak tiga, maka kedua-dua influencer terbabit tidak boleh rujuk semula melainkan wanita berkenaan berkahwin lain selepas tempoh iddah, melakukan persetubuhan dengan suami baharu dan bercerai.
“Syarat berkahwin lain mesti suami baru wanita itu ‘merasai’ maksudnya bersama dan selepas itu ceraikan, baru suami lama boleh kahwin semula. Tak boleh kira upah ‘pak turut’ untuk kahwin dan tidak sentuh (isteri) selepas itu cerai, maka perkahwinan semula dengan suami lama dikira tidak sah,” jelas PU Syed.
@pusyedofficial Saya harapkan anak2 muda jgn cuba jadikan cerai danrujuk sebagai konten utk raih kecaman netizen Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak). (Riwayat Imam Abu Daud). Hadis di atas jelas menunjukkan larangan untuk tidak bermain-main dalam tiga perkara tersebut.
♬ original sound – PU Syed Original
Source:


![“Power Dia Borak” – Lelaki Dari Amerika Dipuji Tak Kekok Berbahasa Melayu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)
