
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia dan ditutur majoriti rakyat di negara ini. Tetapi kalau anda nak tahu, bahasa tersebut turut popular di negara luar seperti di Beijing, China.
Sebelum ini, seorang wartawan Kumpulan Media China (CMG) dikenali sebagai Husna Liang Liang berkongsi suasana di pejabatnya.
Husna berkata rakan sejawatnya yang rata-rata warga China fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan menggunakan bahasa ini sewaktu bekerja. Bukan itu sahaja, mereka juga menggunakan gelaran nama ala-ala orang Melayu juga!
Salah seorang staf bernama Rozana mendedahkan bahawa dia telah mula belajar Bahasa Melayu sejak tahun 2005.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Kagum Lihat Staf Syarikat Media Di Beijing China Guna Nama & Bahasa Melayu Ketika Bekerja
Baca Artikel Berkaitan: Wartawan China Fasih Berbahasa Melayu, Siap Pesan Nasi Kandar Sebelum Jumpa PMX [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sopan & Fasih Berbahasa Melayu, Pemuda Buat ‘House Tour’ Rumah Baharu Buat Ramai Teruja
Lelaki AS Fasih Bercakap Dalam Bahasa Melayu Dengan Orang Tempatan
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@muslieyusof) apabila seorang peniaga Warung Satey Chikeng MamaMia di Terengganu dikenali sebagai Muslie berkongsi suasana ketika para pelanggan mengunjungi gerai makannya.
Menerusi video perkongsian, kelihatan dua orang kanak-kanak comel berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang teruja melihat pekerja menebar roti canai di depan mata.
“Anak pelancong AS datang nak belajar tebar roti canai. Dia kata roti canai sini sangat sedap,” kata Muslie di dalam kapsyen video.
Namun perkara yang mencuri perhatian adalah kefasihan bapa kepada kanak-kanak tersebut yang bertutur dalam Bahasa Melayu. Dia juga dilihat dengan bersahaja dan tidak kekok membalas semua percakapan peniaga itu.
Lelaki itu berkata dia sudah tiga tahun menetap di Malaysia dan merupakan seorang pelajar dipercayai sebuah universiti di Pulau Pinang. Bukan sahaja dapat berkomunikasi dengan baik, malah kebolehannya menggunakan loghat Terengganu juga menjadi perhatian.
“Alhamdulillah hari ni ada mat saleh dari AS mari beli roti canai. Dia kata tahu lokasi Warung Satey Chikeng MamaMia lepas tengok TikTok,” kata Muslie lagi.
@muslieyusof Alhamdulillah hari ada Mat salleh dari USA mari beli roti canai.dia kata tahu lokasi #WarungsateychikengMamamia ♬ original sound – Bor Mamamia
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Lelaki AS Cekap Berbahasa Melayu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji kebolehan lelaki itu berbahasa Melayu meskipun selepas menetap di Malaysia selama tiga tahun sahaja.
“Baru tiga tahun dah hebat berbahasa Melayu. Hebat, kalah dengan orang Malaysia yang lahir dan tinggal di sini puluh-puluh tahun,” kata seorang pengguna TikTok.
“Bapak dia memang bijak. Tiga tahun jadi pelajar dekat sini,” ujar seorang lagi netizen.
Malah ada yang kagum dengan kemampuannya berbual menggunakan dialek negeri.
“Kalau tak tunjuk muka rasa macam orang Melayu yang bercakap,” kata seorang lelaki.








Model Popular British Fasih Berbahasa Melayu
Terdahulu, turut tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang juga model terkenal dari Britain dikenali sebagai Kit Price yang turut fasih berbahasa Melayu.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Price dipercayai berada di negara ini untuk bersiar-siar bersama seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Calum Harper.

Di dalam video tersebut, dia dilihat membawa Harper untuk mencuba pengalaman bersarapan pagi seperti rakyat tempatan di sebuah warung dengan mencuba nasi lemak serta roti canai.
Apa yang mengejutkan, Price dengan mudah bercakap dalam bahasa Melayu semasa seorang pekerja kedai datang kepada mereka untuk mengambil tempahan makanan.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Model Dari Britain Fasih Berbahasa Melayu Raih Perhatian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Agak Menyedihkan” – Pakar Bahasa Ulas Isu Rakyat Malaysia Masih Tak Reti Berbahasa Melayu
Baca Artikel Berkaitan: 5 Tahun Menetap Di Malaysia, Wanita Muslimah Jepun Begitu Fasih Berbahasa Melayu [Video]
Source:


![Jangan Jadikan Cerai & Rujuk Sebagai Konten – PU Syed [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

![Aliff Syukri Luah Rasa Terkilan, Dakwa Bakal Disaman Kerana Rekaan Beg Tangan Dikatakan Sama [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/women-fashion.jpeg)